Maaf kalau entri ini agak berlainan dari kebiasaan. Dan seperti yang dijangka, ianya datang dari penulis 'jemputan' 😋. Kalau berminat dengan cerita soal gadget apple, carry on lah membaca ye, kalau tidak, just move to the next page 😝
Ok. Ini berkenaan dengan pengalaman aku yang telah merasai iDevice A6 processor (paham2 sendiri lah ek model mana... Gua xnak poyo 😉). Sememangnya dah agak lama aku mengidam benda ni, cuma org tu je yg buat tak tau, tak nak kasi 'green light' utk beli...heheh
Walaupun model ni dah agak basi bagi sesetengah orang kerana telah berada di pasaran Malaysia semenjak Disember tahun lalu. So, maknanya model ni dah berusia sekitar 4 bulah lebih di sini. ( mungkin lapan bulan sebab keluar di US pada September 2012). Ok, settle bab launching, aku nak story bab kenapa aku memilih jugak nak sambar benda ni sekarang, walaupun sebelum ni aku pernah mengutuk model ni dan menyatakan tak perlu tukar kerana harganya yang tidak berbaloi serta tidak banyak penambahan yang ketara yang ditawarkan kecuali skrin memanjang.
Yup!! Aku tarik balik kata-kata aku dulu. Selepas beberapa bulan berserasi dengan A4 processor pada iPhone 4 dan A5 processor pada iPad MiNi. Secara jujur aku katakan, kelajuan dan kapasiti memori yang tinggi menjurus aku kepada keperluan untuk menukar pada model A6. Perlu juga aku jelaskan bahawa selain daripada stabiliti iOS 6.X.X, keperluan Jailbreak sememangnya menjadi keutamaan aku semasa membeli handphone ini. Haha... Senario agak lucu berlaku bila mana aku menanyakan semua kedai "saya nak beli telefon stock lama iOS 6.1.2. Ada? Saya tak mahu 6.1.3!" Dan seperti yang dijangka, kebanyakkan kedai menjual berasa pelik dengan soalan aku dan lantas kebanyakkan jurijual di sana menyatakan software OS boleh diupdate, jangan risau kata mereka. HaHaHaHa. Kelakar gile aku rasanya kerana kebanyakkan penjual mungkin tidak mengetahui bahawa tiadanya Jailbreak pada iOS 6.1.3 buat masa ini untuk semua model Apple A4 keatas. Kalau tak pasti mereka paham akan niat aku.
Yang sebenarnya jailbreak ini bukan lah secara 100% tepat dituduh sebagai piracy atau lebih mudah dikatakan orang download apps percuma. Itu tidak benar sama-sekali. Jailbreak ini memberikan anda ruang untuk mereka-peribadi telefon anda sendiri mengikut citarasa dan keperibadian anda. Jauhkan pada yg standard. Erghhhh!!! Boringggg... Xde kretiviti dan berbentu uniform. Kita tidak mahukan itu.
Namun, dakwaan yang menyatakan berbahaya jailbreak juga adalah benar, kerana anda telah memberi ruang untuk objek asing mendapat access pada telefon anda. Bagi langkah keselamatan yang minimum, pilihlah tweak dan repo dari developer yang baik track recordnya. Jangan main bedal je der... Lagi untuk mengelakkan fon ada dari crash (asik masuk safe mode), sila beli tweak di Cydia dan bukan download yg crack seperti di repo http://cydia.xsellize.com/
Okeh, cukuplah tu cerita pasal A5 device yang aku cukup puas hati menggunakannya selalu pengguna baru post-kematian Jobs. Dan perlu aku nyatakan, bab masalah bateri panas yang menghantui pengguna-pengguna A5 iDevices masih boleh aku kompromin. Xde lah sampai boleh rebus telur ayam.. Heheheh
P/S: di bawah ini ada aku kasi screen shot depan aku. Dan disebelahnya pula adalah prototype yang didakwa model iPhone 5S yang dikatakan akan mula berada dipasaran pada bulan 7 2013 nanti.


