iDevices

Semua Yang Berkaitan Dengan iDevices Yang Ingin Anda Tahu.

Bola Sepak

Bangun Bola, Makan Bola, Tido Bola.

Alam dan Manusia

Pandangan Sekeliling.

Cari Makan

Dunia pekerjaan Seharian.

InstaFood

Seni Hiasan Makanan.

30 March, 2014

Gambar pembunuhan yang tidak sengaja dipaparkan di Google Map

Sememangnya tidak dinafikan kegunaan Satellite banyak kegunaannya dalam operasi pencarian. Ini terbukti dalam operasi Search & Rescue (SAR) #MH370.

Kisah yang hendak diceritakan adalah berkaitan dengan imej dari Google Map. Jika anda masukan koordinat berikut, akan dapat kita saksikan satu imej pembunuhan yang mana telah dirakamkan secara tidak sengaja. Koordinat tersebut adalah ;

52.376552,5.198303







Dilaporkan ianya adalah berkaitan kes pembunuhan budak 14 tahun bernama Kevin Barrera pada tahun 2009.

Juga keluarganya telah berusaha untuk mengarahkan supaya google mengeluarkan gambar tersebut dari google map.

Source


- Posted using BlogPress from my iPhone 

29 March, 2014

Logo Halal JAKIM yang Sah








Kenali logo Halal dari JAKIM yang sah.

JAKIM


- Posted using BlogPress from my iPhone 

Sin-Bins (Keluar sekejap dari permainan bolasepak akibat melakukan kesalahan) mungkin akan diperkenalkan dalm sukan ini.








Tergempar bila dimaklumkan akan diperkenalkan hukuman Sin-Bins di dalam bola sepak. Ini adalah konsep daripada suka Amerika seperti American Football dan Hoki Ais.

Apa rationalnya memeperkenalkan konsep ini?? ada kebaikan dan mungkin juga akan mengubah cara taktikal jurulatih selepas ini. Namun, dijangakan ianya akan lebih dramatik.

Sama-samalah kita tunggu akan perubahan dalam sukan ini nanti.

- Posted using BlogPress from my iPhone 

28 March, 2014

Twitter dengan ciri photo tagging, berserta upload 4 gambar sekali gus.

Bunyinya seakan2 Facebook. namun, itulah hakikatnya. Selepas tak tau apa lagi ciri-ciri yang handak di masukkan kepada media sosial ini. Geng2 Twitter telah mengumumkan akan memasukan ciri2 berikut ke dalam versi Twitter yang akan datang.



Anda diberi pilihan samaada untuk tag gambar kengkawan anda seramai maksimum 10 orang. Dan jangan risau, ianya tidak dikira dalam 140 karekter yang sememangnya amat terhad.




Selain itu, yang terbaru adalah anda juga boleh memuatnaik maksimum 4 gambar dalam satu tweet. so, lebih menarik bukan?

- Posted using BlogPress from my iPhone 

27 March, 2014

iH8sn0w confirms his iPhone 4s is jailbroken on iOS 7.1

iDownloadBlog




Seperti yg diketahui umum, iOS7.1 telah menutup ruang jailbreak pada Evasi0n yang ada. Juga telah dimaklumkan oleh team Evaders bahawa mereka tidak akan memberi tumpuan untuk jailbreak versi iOS ini.

Namun ini tidak bermakna takkan ada jailbreak iOS7.1, minggu lepas sahaja @winocm telah menunjukkan iPhone 4 yang telah dijailbreak pada versi tersebut. Semalam, iH8sn0w pula mendakwa dia sudahpun menjailbreak iPhone 4Snya. Namun tidak dapat dipastikan sekiranya ada versi public release kepada umum.

- Posted using BlogPress from my iPhone 

26 March, 2014

iPhone 6 akan dikeluarkan pada Ogos atau September, bersaiz 4.7 inci sahaja.




Menurut sumber daripada UBS Analyst Steve Milunovich, Apple akan mengeluarkan model 4.7-inch iPhone penghujung tahun ini.

Tambahnya lagi, iPhone 6 sebelum ini dikatakan akan berskrin besar yang mana dengan 2 saiz iaitu paparan 4.7 dan 5.5 inchi. Namun bagi paparan 5.5 inchi, berkemungkinan ianya akan dilancarkan kemudian.

iOS? pastinya 8. Sebab itu geng2 Jailbreaker 'simpan' rahsia mereka dan menunggu versi iOS 8 yang akan 'dikerjakan' mereka nanti.

- Posted using BlogPress from my iPhone 

25 March, 2014

Perlukan privacy untuk Whatsapp anda?




Apa yang menarik ciri-ciri pasa Whatsapp 2.11.8 adalah ia mempunyai ciri-ciri privacy yang membolekan;


a) Lastseen anda (yang memberitahu bila kali terakhir anda menggunakan whatsapp) boleh dilihat oleh samada semua orang, rakan anda atau tiada siapa.

b) Photo Profile anda boleh dilihat
oleh samada semua orang, rakan anda atau tiada siapa.

c) Status anda boleh dilihat oleh samada semua orang, rakan anda atau tiada siapa.




Ciri-ciri ini boleh didapati di setting berikut;


- Posted using BlogPress from my iPhone 

Apps untuk mengetahui status halal & bertanya mengenai status halal?




- Ingin mengetahui status halal & bertanya mengenai status halal?

- Ingin mengetahui premis/restoran berstatus halal berdekatan?

Sila 'Install' aplikasi telefon pintar "HALAL SQUARE".

Google Playstore

Sumber : FB JAKIM

- Posted using BlogPress from my iPhone 

24 March, 2014

MH370 berakhir di lautan Hindi...




Sebentar tadi Perdana Menteri baru sahaja selesai membuat kenyataan media berkenaan dengan pesawat MAS MH370 yang dilaporkan hilang semanjak 8 Mac 2014 yang lalu.


Agak memeranjatkan bila Sidang Media yang kebiasaannya diadakan pada jam 5.30 petang ini, diadakan pada sebelah malam jam 10.


Antara kadangan isi pemberitahuannya adalah melalui data satelit, mereka yakin bahawa pesawat ini telah berakhir di tengah-tengah lautan Hindi. sememangnya satu berita yang sukar untuk diterima dan pastinya seluruh dunia sedang bersedih mendengar berita ini. kepada kaum keluarga, tabah dan takziah. Al-fatihah kepada magsa yang beragama Islam.

Berikut adalah teks ucapan PM pada sidang media berkenaan;

PM NAJIB RAZAK’S PRESS STATEMENT ON MH370

This evening I was briefed by representatives from the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB). They informed me that Inmarsat, the UK company that provided the satellite data which indicated the northern and southern corridors, has been performing further calculations on the data. Using a type of analysis never before used in an investigation of this sort, they have been able to shed more light on MH370’s flight path.

Based on their new analysis, Inmarsat and the AAIB have concluded that MH370 flew along the southern corridor, and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth.

This is a remote location, far from any possible landing sites. It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean.

We will be holding a press conference tomorrow with further details. In the meantime, we wanted to inform you of this new development at the earliest opportunity. We share this information out of a commitment to openness and respect for the families, two principles which have guided this investigation.

Malaysia Airlines have already spoken to the families of the passengers and crew to inform them of this development. For them, the past few weeks have been heartbreaking; I know this news must be harder still. I urge the media to respect their privacy, and to allow them the space they need at this difficult


- Posted using BlogPress from my iPhone 

Pesta Belon Panas Antarabangsa, Putrajaya Pada 27 - 30 Mac 2014




Banner dan poster mengenai acara ini telahpun disiarkan. Begitu juga makluman promosi di media-media juga telah turut tersebar. Sekali lagi, Putrajaya akan menganjurkan pesta belon panas antarabangsa pada 27 - 30 Mac 2014.


Lokasinya adalah di Presint 2, Putrajaya. Makluman lokasi adalah seperti di bawah.





Selain itu, terdapat juga aktivi-aktivi berkaitan udara yang lain turut diadakan. Sediakan duit je lah.


So, tunggu apa lagi? ramai-ramailah kita ke sana untuk melihat pelbagai jenis dan bentuk persembahan Belon Udara Panas ini.


- Posted using BlogPress from my iPhone 

23 March, 2014

Persamaan gol Rooney vs West Ham & Beckham vs Wimbledon




Siapa yang boleh menafikan bahawa gol Wayne Rooney pada malam tadi yang dijaringkan dari jarak separuh padang, adalah antara yang tercantik pada musim ini.



Lebih menarik gol itu turut disaksikan oleh David Beckham, yang mana beliau sendiri telah menghasilkan jaringan yang hampir serupa pada tahun 1996 semasa United menentang Wimbledon.




Namun perbezaan yang ketara adalah gol Rooney adalah melalui teknik volley yang hampir sukar dengan teknik yang tinggi, manakala Beckham dengan ketepatan dan relex semasa melakukan tendangan.

Saksikan clip di bawah;






- Posted using BlogPress from my iPhone 

Apa tweet anda yang pertama? #FirstTweet




Twitter meraikan tahun ke-8 nya. Apa yang menarik pada kali ini adalah anda boleh melihat dan mengetahui apakah tweet anda yang pertama dahulu? Haha... pasti lucukan, ketika itu anda pasti menanyakan, kenapa tak sama dengan Facebook?

Untuk itu, klik lah alamat berikut Fist Tweet dan anda pasti tergelak melihatnya.

Namun cara ini adalah tidak boleh bagi akaun yang private dan yang telah bertukar tweethandle nya.



- Posted using BlogPress from my iPhone 

21 March, 2014

Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya




Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

- Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa tiada nas qati’e yang mengharamkan manusia memakan belangkas. Pakar Haiwan Hidupan Air menyatakan bahawa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dalam dan hanya naik ke pantai untuk bertelur. Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.

- Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’ yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan daging/isi dan telur belangkas adalah diharuskan (HALAL).

Rujuk : JAKIM




- Posted using BlogPress from my iPhone 

Spesis babi yang mempunyai bulu seakan-akan berbiri. AWAS!!!

Babi ini dipanggil Mangalitsa.

Sumber : dailymail


Agak terkejut bila dimaklumkan akan specis babi yang berbulu seakan-akan berbiri ini.


Ada yang khuatir sekiranya bulu-bulu ini turut dijadikan bahan pakaian yang mana akan turut secara tidak langsung adalah dari bahan yang haram.


teman mendapat whatsapp yang berbunyi seperti berikut;

"PERHATIAN KPD UMAT

Umat Islam sila ambil perhatian dan tindakan berkenaan isu babi biri-biri ini. Setiap dari kita perlu memainkan peranan, berpesan-pesan untuk kebenaran. Amat merisaukan ana cubaan dan dugaan di akhir zaman ini. Bila manusia semakin maju mengecapi kecanggihan teknologi maka semakin banyaklah ujian dan cabaran yang dihadapi.

Samalah juga dengan isu ini, apakah yang akan terjadi sekiranya banyak fabrik yang akan terhasil dari babi aneh ini. Bulunya benar-benar menyerupai kambing biri-biri. Memang amat sukar untuk membezakannya dengan mata kasar. Pihak berwajib khusunya JAKIM diharapkan membuat tindakan dan uji kaji ke atas perkara ini. Pemeriksaan perlu dijalankan dengan kadar segera. Kita tidak mahu sekiranya ada di antara pakaian mahupun barangan kegunaan umat islam terhasil dari sumber yang dilarang agama.

Perlu diingat, agenda pihak kuffar adalah untuk menyesatkan dan mempersendakan kesucian agama islam. Mereka selamanya tidak akan redha dengan penganut agama islam. Mereka tidak akan berhenti selagi kita tidak menuruti kehendak mereka. Awas semua umat islam !!

INFO BABI BIRI-BIRI : Mangalitsa (AS ejaan), Mangalitza (UK ejaan) atau Mangalica (ejaan Hungary asal) adalah nama bagi tiga baka babi dibiakkan terutamanya di Hungary dan Balkan yang dikenali juga sebagai babi kerinting rambut. Ia kepunyaan baka jenis lemak Eropah unimproved (serta Iberia Hitam dan babi Alentejana) yang berasal secara langsung dari populasi babi liar. Babi Mangalitsa adalah luar biasa kerana ia tumbuh berbulu 'bulu', yang serupa dengan kambing biri-biri. Baka babi lain yang diperhatikan untuk mempunyai lapisan yang panjang Kot Lincolnshire kini pupus Curly England. Mangalitsa adalah dahulunya dibesarkan sebagai babi lemak babi, dan binatang yang besar dan bulat. Diseba
bkan kejatuhan dalam permintaan untuk lemak babi, populariti baka telah menurun dan kini dianggap sebagai "rare breed".
Dagingnya amat menyerupai daging biri-biri sahaja. (Google)

AAP - Sebaiknya langkah awal pengcegahan, kawalan dan menanganinya perlu dibuat dan dipantau dengan kadar segera oleh pihak berkuasa. Agar kita semua khusunya orang islam tidak tertipu dengan daging Babi Mangalitsa ini kelak."

Mohon akan ada komen-komen daripada pihak berwajib akan perkara ini.



- Posted using BlogPress from my iPhone 

Kenapa orang banyak yang lewat pergi kerja pada pagi Jumaat?







Okey! ini bukan kebetulan, tapi melalui pemerhatian ramai, ia semenangnya benar. bagi kebanyakkan negeri yg cuti mereka adalah pada sabtu & ahad, kenapa mereka lebih cenderung hadir lewat ke Pejabat pada pagi hari Jumaat?

akibatnya, mulalah F1 tergesa-gesa ke opis.






- Posted using BlogPress from my iPhone 

20 March, 2014

Happy 8th Birthday Twitter




Selamat ulangtahun penubuhan twitter pada hari ini. sedar tak sedar dah 8 tahun media sosial ini berada di alam maya. banyak kebaikan dan keburukan yang telah digunakan darinya.

sinonim dengan budaya hashtag yang dibawanya (#), kemudian ditiru di Facebook dan instagram. Apa yang membezakan apps ini adalah ianya ada keupayaan menganalisa trend keyword yang sering diungkapkan (tweet) pada masa dan zon tertentu.

Namun tidak dapat dinafikan, twitter telah banyak 'membunuh' selebriti (khabar angin) berbanding pembunuh bersiri itu sendiri. haha

Bentuk perbualannya berbentuk one-to-one, lebih menarik dan tidak serabut berbanding bentuk perbualan facebook yang seperti forum.

apa-apapun selamat berkhidmat sang burung tweet tweet...

- Posted using BlogPress from my iPhone 

Beberapa update apps untuk iOS

Berikut adalah beberapa apps yang memerlukan pengemaskinian.













- Posted using BlogPress from my iPhone 

Program Selawat Perdana pada 21hb Mac 2014 di Dataran Putrajaya





Program menzahirkan rasa kecintaan pasa Rasulullah SAW pada malam itu. marilah kita hadir beramai-ramai.




#selawatperdana akan disiarkan SECARA LANGSUNG di 3 stesen TV.. TVAlhijrah & Astro Oasis & RTM1 dan radio Ikim.Fm.. serta live streaming di www.selawatperdana.com

dikhabarkan juga beberapa buah kedutaan Malaysia di luar negara akan menayangkan di layar gergasi..

ALLAHU AKBAR!! #selawatperdan

Berikut adalah maklumat laluan pada hari tersebut.


Ketika saya melalui kawasan tersebut semalam, kelihatan para petugas sedanb giat menjalankan kerja-kerja bagi maksud program ini. semoga segalanya berjalan lancar. insyallah.




pentas utama di sebelah laluan melalui arah dari kompleks JPM.


Besar juga


pasti menarik





- Posted using BlogPress from my iPhone 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...