iDevices

Semua Yang Berkaitan Dengan iDevices Yang Ingin Anda Tahu.

Bola Sepak

Bangun Bola, Makan Bola, Tido Bola.

Alam dan Manusia

Pandangan Sekeliling.

Cari Makan

Dunia pekerjaan Seharian.

InstaFood

Seni Hiasan Makanan.

24 August, 2013

Cara mengatasi masalah push notification pada whatsapp yang telah dijailbreak.

Perasan tak push notification bermasalah pada versi iPhone yang telah dijailbreak. Bagi mengatasi masalah ini, satu tweak ini boleh digunakan sebagai penyelesaian masaalah.

Ia memastikan whatsapp berjalan seperti biasa di bahagian belakang (background). Tapi mungkin kesan negatif adalah negeri cepat habis kot.

16 August, 2013

Manchester United's Barclays Premier League squad numbers 2013/14

1. De Gea (GK); 2. Rafael; 3. Evra; 4. Jones; 5. Ferdinand; 6. Evans; 8. Anderson; 10. Rooney; 11. Giggs; 12. Smalling; 13. Lindegaard (GK); 14. Chicharito; 15. Vidic; 16. Carrick; 17. Nani; 18. Young; 19. Welbeck; 20. v. Persie; 21. Henríquez; 22. Fabio; 23. Cleverley; 24. Fletcher; 25. Valencia; 26. Kagawa; 27. Macheda; 28.Büttner; 29. Zaha; 30. Varela; 31. Wootton; 32. Powell; 33. Bébé; 34. Cole; 35. Lingard; 36. Vermijl; 38. M.Keane; 39. Thorpe; 40. Amos (GK); 42. Blackett; 44. Januzaj; 45. Petrucci; 48. W.Keane; 50. Johnstone (GK).

03 August, 2013

Groupon Offer : Watch FC Barcelona vs Malaysia XI Live at Bukit Jalil National Stadium from RM88.20. See Lionel Messi, Neymar, Xavi, and More

I've received this email today from Groupon;

With today’s Groupon you get a free seating ticket to FC Barcelona vs Malaysia XI at the Bukit Jalil National Stadium from BSC Soccer. Choose from:

Category 5: Ticket for 1 person for RM88.20 instead of RM98
Category 4: Ticket for 1 person for RM151.20 instead of RM168
Category 3: Ticket for 1 person for RM187.20 instead of RM208
Category 2: Ticket + free training pass for 1 person for RM259.20 instead of RM288

Event: Barcelona Malaysia Tour 2013
Time: 8.45pm
Date: Aug 10, 2013

Witness FC Barcelona, live in Malaysia for the very first time, as the Catalan giants step out onto the hallowed turf of the Bukit Jalil National Stadium. Featuring superstars such as Lionel Messi, Neymar, Xavi, and more, FC Barcelona will display their famed tiki-taka playing style to awed spectators and opponents.

Phone: 03-7957 6088 (Call Mon – Fri: 10am – 6pm, not including public holidays)

Link : Groupon

02 August, 2013

BlackBerry Messenger Beta Untuk iOS & Android Kini ada di BlackBerry Beta Zone

Nampaknya Blackberry Messenger (BBM) versi iOS & Android akan tersedia pada 22 September 2013. Dakwaan ini diperkukuhkan lagi apabila apps ini sudah tersedia versi Beta di Blackberry Beta Zone untuk dicuba.

SABAR, jangan gopoh! Blackberry Beta Zone adalah seperti juga Dev Centere, dimana ianya tersedia untuk developer yang berdaftar sahaja. Nama pun versi beta kan.

Menurut CultOfAndroid “Usually, the BlackBerry Beta Zone is exclusively for apps built for BlackBerry, or desktop applications built to work with BlackBerry smartphones. But some users have begun receiving emails that invite them to download the BBM beta for Android and iOS.”

Dikhabarkan tak banyak individu yang mendapat email jemputan ini. Dan, oleh itu mereka telah sudi berkongsi gambar bagaimana versi BBM di platform yang mereka gunakan (selain Blackberry). 1st time bro!!!! BBM versi asing hahaha

Okeh! Apa pendapat anda? Tak sabar? Teruja? Atau tak peduli mengenai hal BBM versi iOS / Android ini?

Artikel asal : ijailbreak.com

28 July, 2013

Siapa Gila sebenarnya?? #MestiBaca

SAPA GILA??

Seorang penduduk dikatakan gila, tetba pergi ke surau pada pukul 10 pg, lalu melaungkan azan.

Penduduk kg mndgr azan tu rasa pelik lalu semuanya bergerak ke masjid utk siasat. Selepas melihat org gila itu azan, ketua kg menjerit

"hoi, pkl 10 pg ni azan solat apa?"

Org gila menjawab:

" td azan yg betul pkl 6 pg ada 5 org je dtg, ni azan yg salah sekampung plak datang?"

Sapa gila?

27 July, 2013

Sungai yang membezakan 3 Negara

Menarik fakta ni. Selalunya sempadan sesebuah negara ditanda melalui pagar, tempoh, gunung, bukit, sungai dan sebagainya. Ini semua kerja manusia lah. Kepentingan harta dunia agaknya.

Di ni adalah gambar di Amerika Selatan. Sungai berbentuk T-junction yang membahagiakan Sempadan Paraguay, Aregentina dan Brazil. Menarik.... Sungguh menarik

25 July, 2013

Gambar penuh bajet-iPhobe. #MestiTengok

Terbaru sebuah website telah mengeluarkan gambar iPhobe yang dikatakan adalah bajet-iPhobe yang akan dikeluarkan oleh Apple. Sebelum ini pada dikatakan dikenali sebagai Mini-IPhobe.

Setelah sekian lama, ada juga gambar penuh ek? Apa yang boleh diperkatakan tentang gambar ini, nampak jelas iPhone ini diperbuat daripada plastik yang berkualiti rendah sedikit. Kemungkinan akan sama seperti dalam versi adiknya 3GS dahulu.

Tetapi ada yang berpendapat, ini adalah sebuah display unit dan bukannya set yang betul. Namun yang penting adalah ianya adalah bajet-iPhone yg ditunggu-tinggu oleh banyak org.

Sekali imbas, ia lebih mirip iPod. Dan ringkas. dilengkapi dengan camera, LED flash. Screen 4 inchi.

23 July, 2013

Tweaks QR for whatsapp tak berfungsi dengan whatsapp yang terbaru

Versi 2.10.2 adalah terkini selepas 2.10.1. Namun sudah dipastikan ianya tidak boleh berfungsi dengan Quickreply for whatsapp.

18 July, 2013

Apa yang menyebabkan 'Clash of Clans' berhantu???

Clash of clans. Apa tu? Salah satu lagi game bebudak? (Sebab grafik dia ala-ala kartun gitu). Apa yang menyebabkan dia famous Sekejap. Mcm candy crush yang pompuan tengah gilakan tu ke? Oh tidakkk...

Kalau pernah main Red Alert & Red Alert, War Craft dan seangkatan dengannya pasti tahu ia adalah tergolong dalam game Strategi perang. Bezanya ia dalam mode iPhone atau ipad, banyak aktivi penerangannya agak terbatas dan grafik yang berkualiti 2D sederhana. Betulkan 2D? Ke salah?

Okeh, apa yang menarik game ini tiada Cheat code. Tiada lah main tipu der... Anda dikehendaki bermain dengan melengkapkan misi. Ada banyak stage, setiap stage ada kekuatan yang tersendiri. Ingat!!! Anda akan diserang oleh musuh yang juga pemain online lain ketika anda tudak aktif. Maksudnya anda hanya boleh dilarang ketika anda tidak bermain... Hahaha . Dah nampak dah kat mana yang menyebabkan ianya ketagih?? Hahha

Bagi menguatkan pasukan anda, anda perlu join clans, atau sekutu yang boleh membantu antara satu sama lain.

Buat masa ini game ini hanya pada platform iOS sahaja. Cuba bayangkan apa akan jadi bila ia dibuka kepada Android?? Tentu lebih meriah kan?? Banyak clans baru akan terkini dan game akan menjadi rancang kerana disitu ada faktor politik dan peperangan.

Kalau tak paham apa aku cerita, tunggu le bila game ni dah open untuk semua platform nanti. Sehingga itu, marilah Clash of Clans untuk negara.

Tata

Apple beralih kepada teknologi Finger print

Sebelum ni pun mmg ada diperkatakan tentang teknologi ini. Tapi x kesampaian pada iPhone 5. Kemudia diorg cuba mengagak pada keluaran yang seterusnya 5S, juga nampaknya semacam tidak sempat. Oleh itu, yang paling hampir Adah versi 6 lah kot?

Dengan adanya teknologi ini, bermakna pada masa itu tiada lagi passcode yang diperlukan. Agaknya hanya memadai dengan ibujari tuah empunya asal tepon. Okeh.

Kemudian hati kecil ada terfikir, bagus ke teknologi ini? Macam mana kalau...,,(Lu pikir lah sendiri....)

iPhone 5S Spec Leak: 4-Inch IGZO Display, Quad-Core GPU, 2GB RAM...

Ini agak menarik. Beberapa gambar yang dikatakan menunjukkan iPhone 5S yang masih dalam proses kilang. Ye, mmg kita tahu ianya sedang dalam proses pembikinan, namun kita tidak tau spesifikasi nya. Inilah yang banyak menjadi tekaan ramai

Terbaru, ada yang mengatakan ianya akan dilengkapi dengan spec berikut ;

4-Inch IGZO Display,
Quad-Core GPU,
2GB RAM

Kalau ini bebar, ini bermakna ia adalah peningkatan 2 kali ganda dari iPhone 5, macam bukan 5S tapi lebih kepada 6 je...tak gitu?

17 July, 2013

Tina Turner bakal kahwini kekasihnya Ahad ini

BASEL 17 Julai - Bintang pop veteran Amerika Syarikat (AS), Tina Turner bakal melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya, Erwin Bach di kediamannya di Kuesnacht, di sini Ahad ini.
Media tempatan melaporkan, pasangan itu bakal mengadakan upacara perkahwinan mengikut agama Buddha.
Turner, 73, dan Bach, 57, telah menjalin hubungan cinta selama 27 tahun. - DPA

Whatsappp for iOS ver 2.10.1

Mari update whatsappp utk iOS anda ke versi 2.10.1!!!

Apa yang baru adalah;

1. Boleh menghantar gambar lebih dari satu serentak.

2. iCloud rekod backup dan Restore.

15 July, 2013

Bandar di tengah-tengah batu

Setenil de las Bodegas adalah sebuah kawasan di Cádiz, Spain yang terkenal kerana mempunyai batu yang tergantung. Kawasan perumahan di sini dibina dengan kesenian yang unik dan menarik.

Kalaulah di Malaysia, maybe untuk kediaman.... Sure x dpt CF

Famicom

30 tahun lepas pada hari ini, Nintendo melancarkan konsol 8-bit video game Famicom di Jepun. Ia dikenali sebagai NES di kawasan lain.

14 July, 2013

Hadith Palsu Solat Tarawih.

Orang ramai, termasuk media massa perlu merujuk dengan Majlis Agama Islam negeri jika ada pihak menyebar risalah atau mengumumkan fadhilat solat tarawih bersandarkan hadith palsu mengikut kelebihan setiap malam sepanjang Ramadhan. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Abd Aziz Sheikh Wan Mohamed, berkata pihaknya maklum mengenai isu berkenaan yang pernah timbul beberapa tahun lalu yang dipercayai dipelopori golongan Syiah.

“Hal berkaitan hadith seumpama ini sememangnya diketahui pihak berkuasa agama dan sesiapa yang berhadapan dengan situasi berkenaan diminta segera merujuk kepada Majlis Agama Islam negeri bagi mengelak sebarang kekeliruan.

Baru-baru ini, akhbar ini menerusi ruangan Surat & Emel menyiarkan rungutan pembaca, Rahman Ariffin dari Shah Alam yang bimbang kerana masih ada jawatankuasa masjid dan surau yang mengumumkan kepada jemaah fadhilat solat tarawih bersandarkan hadith palsu.

Rahman yang dukacita dengan tindakan sesetengah pihak yang menghebahkan kelebihan solat tarawih mengikut giliran malam itu, meminta Jakim atau Majlis Agama Islam negeri supaya mengingatkan umat Islam mengenai perkara ini.

Kelebihan solat tarawih mengikut hari itu pernah dipaparkan dalam akhbar dan televisyen sebagai galakan kepada umat Islam menunaikan ibadah sunat, menyebabkan umat Islam memenuhi masjid dengan harapan memperoleh pahala besar tanpa menyedari mereka tidak mendapat penjelasan yang sebetulnya.

Hadith Ganjaran Tarawih Pada Malam-Malam Tertentu Adalah HADITH PALSU.

Setiap tahun apabila menjelangnya Ramadhan, maka sebuah hadis yang amat popular tentang Fadhilat Solat Tarawih kembali tersebar dengan luasnya. Hadith tersebut ialah satu hadith yang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagiannya adalah seperti berikut:

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah SAW telah bersabda (berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan) antaranya:

Malam Pertama:

Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan.

Malam Keempat:

Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Sehinggalah ke malam yang ke-30...

Ulama' hadith dengan kaedah dan disiplin ilmu yang sahih telah memutuskan bahawa ianya bukanlah hadith. Atau disebut sebagai HADITH PALSU. Penyebaran hadith ini seharusnya telah lama dihentikan kerana saban tahun peringatan tentang kedustaannya telah dilakukan. Antara yang mengeluarkan kenyataan tentang kepalsuannya adalah Institut al-Qur'an dan al-Sunnah, Kelantan. Ianya juga didapati di dalam laman web Mufti Negeri Terengganu.

Antara disiplin ilmu di dalam memahami hadith ialah ianya melalui jalan dirayah dan riwayah bagi memastikan kedudukan sesuatu hadith terhadap matan (ayat hadith) dan sanad (rangkaian periwayatan hadith). Kedua-dua perkara ini dipastikan ketulenannya dan tidak harus mempunyai syaz (pelik) dan illat (cacat). Hadith-hadith telah dikumpulkan, disaring dan diriwayatkan dengan sempurna oleh ulama' hadith pada sekitar tahun 200H-300H. Antara muhaddithin (ulama' hadith) yang diiktiraf dari kalangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah di dalam meriwayatkan hadith antaranya adalah Imam Bukhari (194H-256H), Imam Muslim (204H-261H), Imam Abu Dawud (202H-275H), Imam at-Termizi (209H-279H), Imam an-Nasa-i (215H-293H) dan Imam Ibnu-Majah (207H-273H)

Selain hadith-hadith sahih, terdapat juga hadith-hadith hasan, dhaif ataupun palsu di dalam kitab-kitab mereka. Namun, ini tidak merendahkan kedudukan ilmu mereka. Pengkelasan ini dibuat oleh ulama' yang kemudian dengan kaedah yang sangat detail. Antaranya ulama' hadith mengkritik kepada sanad iaitu perawi-perawi hadith. Mereka telah mengenal pasti siapakah yang dipercayai dan siapakah yang dusta. Nama-nama periwayat hadith dikumpulkan atau ianya di dalam cabang ilmu yang dinamakan dengan ilmu rijal atau ilmu jarh wa-al Ta'dil. Keseluruhan kaedah memahami hadith ini adalah terangkum di dalam ilmu Mustalah Hadis atau 'Ulum Hadith.

Antara ulama' kemudian yang bertanggungjawab untuk mengklasifikasi dan menafsirkan hadith adalah seperti al-Hakim al-Nisaburi, Ibn-Kaithir, Abd Rahim al-Iraqi, Ibn-Hajar al-Asqolani, adz-Zahabi, Taqiyyudin at-Taimiyyah, Ibn-Qayyim al-Jauziyyah, Ibnu-Jauzi, Nasaruddin al-Albani dan ramai lagi.

Hadith-hadith yang benar dan palsu diasingkan. Subhanallah, Allah telah menganugerahkan ilmu yang begitu hebat kepada mereka di dalam mengawal dan memastikan ketulenan rujukan umat dari al-Qur'an dan al-Hadith.

Berbalik kepada hadith fadhilat solat sunat tarawih. Ianya tidak didapati di dalam mana2 kitab hadith yang benar dan juga di dalam kitab2 hadith yang palsu. Ini bermakna ianya baru sahaja direka oleh golongan yang melampau. Segala pertimbangan di dalam menilai kepalsuan sesuatu hadith telah cukup bagi membuktikan bahawa hadith ini adalah hadith palsu. Antaranya; pada sanad, tidak langsung mempunyai rangkaian periwayatan. Pada matan, ternyata mempunyai syaz (pelik) dan illat (cacat). Dipercayai hadith ini direka oleh golongan Syiah bagi mengangkat ketokohan Sayyidina Ali dan bagi melekakan umat Islam di dalam mengharapkan balasan yang tidak dijanjikan oleh Allah dan Nabi-Nya Muhammad SAW. Kita tidak menafikan ketokohan Saiyidina Ali dan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya di dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu di dalam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Penyebaran hadith-hadith palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadith Rasulullah SAW yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama terdahulu.

Di dalam beramal di bulan Ramadhan ini dan untuk mengharapkan ganjaran dari Allah SWT, cukuplah bagi kita dengan hadith yang SAHIH dari Rasulullah SAW berkenaan menghidupkan malam Ramadhan yang bermaksud (terjemahan): “Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah, maka diampunkan dosa-dosanya yang lalu”. (Al-Bukhari) Ada yang menganggap mengingatkan umat Islam tentang kepalsuan sesuatu hadith adalah perkara yang remeh dan tidak perlu diperbesarkan. Sedangkan mereka lupa kepada janji Rasulullah SAW akan balasan neraka terhadap pendusta hadith dan amaran ini didapati hampir di dalam semua kitab-kitab utama hadith.

Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya(terjemahan): “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” (Bukhari, Muslim) Hadith ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai ke peringkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi SAW sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Bukan sahaja membuat hadith palsu itu haram, bahkan meriwayatkannya tanpa diterang kepada orang yang mendengar bahawa ianya adalah hadith palsu juga adalah sesuatu yang haram. Kata al-Imam Ibn al-Salah : “Tidak halal kepada sesiapa yang mengetahui ianya hadith palsu meriwayatkannya dalam apa bentuk sekalipun, melainkan disertai dengan menerangkan kepalsuannya” (Ibn al-Salah,`Ulum al-Hadith)

Kita memohon kepada Allah agar kita bukanlah dari kalangan yang sengaja menyebarkan hadith-hadith palsu dan memohon keampunan di atas segala kesilapan yang kita sedari atau tidak selama ini. Semoga Ramadhan tahun ini tidak dibaluti dengan pendustaan di atas nama Rasulullah SAW.

13 July, 2013

Kuih Nikbat ~

Terkenang pada kuih ini. Katanya ia berasal dari pantai timur. Aku diperkenalkan dengan kuih ni semasa aku belajar selama 2 tahun di Terengganu

Ringkasnya, ia adalah seperti kuih Baulu yang disira dengan air gula, jadi ianya akan kembang. Dan enak dimakan.

Masa Google ada lak nampak versi merah..haha

Pembahagi 2 negara. Unik

The border between Netherlands and Belgum ;)

12 July, 2013

“MENGHIDUPKAN RAMADHAN ”


Saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa. Pada bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan mulia ini, maka marilah kita mengambil peluang keemasan untuk membaiki dan meningkatkan prestasi diri agar dapat melaksanakan segala perintah Allah SWT dengan sebaik baiknya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan Ramadhan kita kali ini menjadikan kita insan yang berjaya di dunia dan akhirat.

Hari ini kita berada pada hari ketiga dalam bulan Ramadhan . Bulan yang penuh keberkatan ini merupakan masa gembira kepada orang yang beriman yang ditunggu kehadirannya kerana setiap saat ada ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah SWT. Setiap hari dalam bulan Ramadhan adalah hari penuh barakah dan peluang untuk menyucikan diri dan mendapat pahala daripada Allah SWT. Rasulullah SAW sendiri merasa gembira setiap kali kedatangan bulan ini dan kegembiraannya di sampaikan pula kepada para sahabat Baginda. Hadith Rasulullah SAW yang di riwayatkan oleh Imam Ahmad bermaksud:

Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah SWT telah memfardukan ke atas kamu puasanya. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan di kunci segala pintu neraka dan diikat syaitan-syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan. 

Justeru bulan yang mulia ini dilipat ganda ganjaran pahala khususnya bagi membersihkan segala dosa serta mengembalikan fitrah akhlak manusia. Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya:

“Apabila tiba malam pertama bulan Ramadhan seruan (dari langit) menyeru : Wahai orang yang ini berbuat kebajikan teruskanlah (mara berbuat kebajikan), wahai orang yang ingin berbuat kejahatan hentikanlah, bagi Allah melepaskan ramai orang dari neraka. Seruan itu pada tiap-tiap malam.”(Riwayat al-Khamsah).

Berdasarkan kepada hadith-hadith Rasulullah SAW banyak menceritakan tentang kelebihan malam pada bulan Ramadhan antaranya dengan melaksanakan solat sunat Tarawih. Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Siapa yang bangun untuk beribadah pada malam- malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan (akan keredaan Allah), maka diampunkan dosanya yang telah lalu.”(Riwayat Muslim)

Menurut pandangan Imam an-Nawawi bahawa yang dimaksudkan dengan qiyam Ramadhan ialah dengan mendirikan solat Tarawih. Namun ada pandangan ulama yang mengatakan bahawa menghidupkan malam Ramadhan itu dengan melakukan qiyamullail dan melakukan amalan solat sunat di waktu malam.
Mimbar ingin menyatakan bahawa solat Tarawih yang dilakukan dengan sempurna mampu mengawal segala kemaksiatan dunia dan dapat mendidik jiwa menjadi lebih tenang dan membentuk diri menjadi seorang hamba yang bertakwa kepada Allah SWT. Justeru, mimbar yang mulia ini menyeru para jemaah dan umat Islam sekalian, marilah sama-sama kita menghidupkan bulan Ramadhan dengan menunaikan solat Tarawih, penuhilah surau-surau dan masjid dengan membawa anak-anak dan keluarga kita untuk sama-sama melakukannya.

Bagi menghidupkan lagi bulan Ramadhan yang mulia ini, maka kita hendaklah menggiatkan ibadah terutamanya dengan mengisi ruang-ruang yang ada seperti solat tarawih, solat sunat witir, bertadarus, bersedekah, membaca al-Quran, beriktikaf, menuntut ilmu dan sebagainya bagi meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT di dalam usaha mencari keredhaan-Nya. Ingatlah bahawa setiap amalan samada wajib dan sunat di sepanjang bulan ini merupakan latih tubi insan kepada pembersihan hati, mendisiplin anggota badan, mengukuhkan akhlak dan mencegah penyakit serta diberi ganjaran berlipat ganda oleh Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya:

“Setiap amalan anak-anak Adam itu dilipat-gandakan, satu kebajikan dilipat-gandakan dengan 10 sehingga 700 kali ganda. Allah berfirman: Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu untuk –Ku. Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika ia menjumpai tuhannya. Dan bau mulut orang yang berpuasa di hadapan Allah lebih harum dari wangian misk. (Riwayat al-Bukhari).

Yakinlah bahawa bagi menghidupkan bulan Ramadhan dengan segala ibadah dan memperolehi ganjaran pahala yang ditawarkan oleh Allah SWT, maka jiwa kita hendaklah diasuh dan dididik untuk mendekati dengan Allah SWT serta bermujahadah melawan hawa nafsu. Pada bulan Ramadhan tugas untuk mengawal hawa nafsu dipermudahkan oleh Allah SWT melalui latihan-latihan dan keistimewaan yang di sediakan secara khusus pada bulan Ramadhan dengan melakukan ibadah kepada Allah SWT. Masa inilah yang akan menentukan peluang dan ruang untuk kita mendapat keberkatan dan menjadi penebus segala kesalahan dan dosa yang telah kita lakukan selama ini. Inilah masanya yang Allah SWT janjikan kepada kita semua sekiranya kita benar-benar beriman kepada-Nya sebagaimana Rasulullah SAW:

Maksudnya :

" Bulan Ramadhan juga ialah bulan yang awalnya di penuhi rahmat, pertengahannya di penuhi dengan keampunan dan akhirnya di penuhi dengan pahala yang menjadi penebus api neraka”.(Riwayat Muslim)

Justeru, marilah sama-sama kita mendidik anak-anak kita untuk memahami erti Ramadhan yang sebenar. Bukanlah satu langkah yang bijak jika kita ingin mendidik anak-anak kita sekadar hanya lapar dan dahaga sepanjang bulan ini, kerana ibadah di bulan Ramadhan pada hakikatnya begitu luas dari segi maknanya.

Secara ringkasnya ingin dinyatakan beberapa kaedah bagi mengalakkan anak-anak kita melakukan ibadah terutama berpuasa antaranya, Pertama: Bercerita kepada mereka tentang kelebihan dan keberkatan Ramadhan; Kedua: Berikan galakan kepada mereka bukannya paksaan; Ketiga:Sediakan jadual Ramadahan kepada mereka ; Keempat: pastikan mereka bersahur; Kelima: Pujuklah mereka berpuasa dengan lembah lembut; Keenam:Raikan mereka semasa berbuka puasa dan Ketujuh: Ceritakan kemenangan bagi mereka yang berpuasa semasa di Idulfitri.

Mengakhiri, marilah kita sama-sama mengambil kesempatan peluang disepanjang bulan Ramadhan dengan menjana kekuatan jati diri kita untuk beribadat kepada-Nya. Bulan impian ini merupakan anugerah Allah kepada hamba-Nya yang hanya datang setahun sekali. Penuhilah ruang dan masa dengan melakukan perkara-perkara kebaikan kerana mungkin bagi tahun yang mendatang kita tidak merasainya lagi. Marilah sama-sama kita memenuhi masjid dan surau untuk melakukan ibadah terutamanya solat tarawih yang banyak keistimewaannya. Ingatlah, bukan sahaja pahala dilipat-gandakan bahkan di samping itu juga nilai persaudaraan dan perpaduan sesama muslim dapat diperteguhkan. Bayangkan..alangkah harmoni dan bahagianya kehidupan masyarakat Islam hari ini jika tiada persengketaan, permusuhan, dengki, dendam dan perbalahan. Malah, ia boleh menjadi langkah mula untuk memesrakan diri kita dengan rumah Allah.

Oleh itu, janganlah kita lalai dengan kesibukkan mengejar dunia hingga kita lupa mempersiapkan amalan soleh sebagai bekalan bertemu dengan Allah SWT. Mudah-mudahan Ramadhan yang kita tempuhi tahun ini akan menjadi titik perubahan dalam diri kita untuk menjadi insan yang bertakwa dan diredhai Allah SWT di dunia dan di akhirat. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 97:
Maksudnya:

“ Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan sedang ia beriman, maka sungguh Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan”.

(Teks Khutbah Jumaat JAKIM)

11 July, 2013

Lagi dan lagi gambar (dikatakan) iPhone Mini

Makin banyak gambar yang didakwa sebagai iPhone Mini. Terbaru gambarnya lebih jalas dan memperlihatkan bahagian belakang yang lebih mirip kepada iPod. Seperti yang dikayakan sebelum ini, ia diperbuat daripada material plastik.

Untuk lebih maklumat, bolehlah melayarinya twitter page ini link

Facebook tiru twitter? (Verified accounts)

Facebook telah diupdate sedikit has dengan membawanya kepada versi 6.3. Update yang diperkenalkan mampu mengubah apps ini di dalam dunia perkongsian jaringan sosial.

Versi 6.3 kita mempunyai icon pangkah biru untuk akaun yang telah disahkan (varified) sama seperti di dalam fungsi akaun Twitter. Ini bertujuan bagi memudahkan selebriti, tokoh-tokoh dicari oleh peminat mereka yang mana telah terlebih dahulu disahkan oleh pihak Facebook.

Berikut adalah log perubahan :

• Find verified celebrities, public figures and brands by looking for a blue check mark next to their names

• Improved places editing to fix categories, phone numbers and other info on iPad

• Fix for a problem that was causing News Feed to load slowly for some people

Ramai yang berpendapat fungsi pengesahan melalui icon ini sudah patut lama diperkenalkan. Banyak pengguna yang menghadapi masalah sebelum ini dalam mencari individu terkenal yang mereka mahu "like", kerana terdapat banyak pihak spt peminat dan sebagainya yang turut menggunakan nama individu tersebut sebagai tanda pengenalan.

Namun, update ini tidak membawa sebarang perubahan sekiranya anda memang bukan pengguna FB yang suka 'like' page mana2 selebriti atau individu popular. Jadi, tunggu apa lagu? Update le FB anda di AppStore free...

Walaupun seteguk air, sahur pelihara kesihatan

BERSAHUR adalah amalan penting pada Ramadan. Bagi mereka yang hanya mengkaji ilmu fikah akan berkata: “Oh, bersahur hukumnya adalah sunat saja.” Andai kata hukum ini dikaitkan dengan hadis sahih, kita akan menyedari betapa pentingnya sahur ini walaupun hukumnya adalah sunat.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah). Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.

Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud : “Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.”

Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud: “Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Hadis tadi menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa walaupun makan atau minum dengan sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air.

Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).

Selain disunatkan bersahur kita juga disunatkan untuk melambatkan waktu bersahur itu kerana amalan itu dilakukan oleh utusan Allah dan sahabat. Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya.”

Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu Subuh. Berkaitan perkara ini, Zaid bin Thabit pernah berkata: “Kami pernah bersahur bersama nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh).

Zaid ditanya : “Berapa lama masa antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat Subuh)?” Berkata Zaid: “Sekadar membaca 50 ayat al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)

Dalam kitab Nailul Authar, disebutkan Imam Ibn Abdil Bar berkata bahawa hadis yang menerangkan kepentingan menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur semuanya bertaraf sahih dan mutawatir.

Penekanan Nabi agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi. Kajian menunjukkan makanan paling utama dalam masa 24 jam ialah sarapan pagi.

BBC News pada 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi penting untuk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain. Kajian oleh Dr Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard, mendapati mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, sakit jantung dan menghidap kencing manis.

Kajian sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan berkaitan lebihan kadar gula dalam darah berbanding yang jarang bersarapan pagi. Hal ini menjadi lebih penting kepada kanak-kanak yang berpuasa. Ini kerana kesan kanak-kanak meninggalkan sarapan pagi adalah lebih negatif disebabkan tubuh mereka yang kecil.

Kajian terkini menunjukkan apabila glukosa dalam darah menurun selepas bangun tidur dan keadaan ini berterusan kerana tidak bersarapan pagi, kanak-kanak akan menghadapi masalah memberi tumpuan kepada pelajaran.

Tambahan daripada itu, satu kajian oleh Dr Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakannya ke atas 700 pelajar di Louisiana, menunjukkan mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah. Keadaan ini akan menyebabkan penyakit anemia (penyakit berkaitan kekurangan hemoglobin dalam darah). Hal ini dilaporkan oleh Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001.

Justeru, secara umumnya, mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur, tidak akan mendapat kemudaratan daripada puasa mereka berdasarkan kajian itu. Lebih daripada itu, bersahur adalah ibadah kerana ia adalah sunnah dan waktu sahur juga masa yang dipenuhi keberkatan.

Allah berfirman bermaksud: “Katakanlah, Mahukah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik daripada yang demikian itu? Bagi mereka yang bertakwa, ada syurga di sisi Tuhan mereka yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal dalamnya. Mereka juga dikurniakan isteri-isteri yang suci serta mendapat keredaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (Iaitu) orang yang berdoa, Ya Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah dosa kami dan peliharalah kami daripada seksa neraka. (Merekalah) orang yang sabar, yang benar, yang taat, yang menafkahkan hartanya di jalan Allah dan yang memohon ampun pada waktu sahur.” (Surah Ali Imran, ayat 15 hingga 17) - Wanitajim0@yahoo.com

Sumber :

Berita Harian

10 July, 2013

Manchester United's Twitter account

Selepas beberapa tahun, akhirnya Manchester United mengorak langkah dengan mengadakan akaun twitter rasminya sendiri. Tweethandle yang dipilih adalah @ManUtd

Langkah ini agak mengejutkan kerana tiada ura-ura mereka akan melakukan perkara ini. Selepas terkenal di laman Facebook sebelum ini.

Pada masa ini, selepas sejam di beritahu mengenai akaun twitter rasmi, pengikut akaun mereka telah mencecah 100K, dan angka ini dijangka akan terus naik.

Kemungkinan mereka akan turut mengalahkan jumlah pengikut kelab seteru mereka. Ini berdasarkan faktor populariti kelab ini.

Ketika ini, dilihat banyak tweetnya berkisar ringkasan kenyataan dari kelabnya. Agak menarik kerana ini juga adalah salah satu cara rasmi mesej disampaikan dengan ringkas dan lekas.

Hidup twitter!!!

Ramadan; zon melatih diri.


Bila berbicara mengenai bulan Ramadan, pasti kita tidak boleh lari dengan soal lapar dan dahaga. Seterusnya kita akan mengaitkan dengan kaedah yang terbaik dalam menjalani kehidupan seharian bersama dengan ibadah ini.

Pastinya setiap apa yang diarahkan oleh Allah ada kebaikannya, kita sebagai hamba harus menunaikannya (berkemampuan) dengan sempurna. Perlu diingatkan bahawa kita tidak seharusnya menyempitkan pemikiran kita dengan Ramadan hanya menahan diri dari lapar dan dahaga. Konteks meluas adalah, individu juga wajib menahan diri daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan ibadah puasa. Ini termasuklah hal-hal yang boleh mengurangkan pahala puasa itu sendiri. 

Bulan puasa adalah pesta untuk mengumpul pahala. Kita tahu bahawa usia umat Nabi Muhammad adalah pendek berbanding dengan usia umat-umat yang terdahulu. Dengan itu, Ramadan memberi kita peluang untuk menggandakan segala pahala amalan kita.

Surah Al-Baqarah, Ayat 183;

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa” (QS. Al Baqarah: 183)
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Ayat di atas amat sinonim dalam ibadah puasa. ia menjelaskan perihal ibadah puasa. pastinya mana-mana masjid atau surau yang mengadakan solat terawih, imam-imamnya tidak akan terlepas membaca ayat ini. 

Berbalik kita dalam hal puasa tadi, ia adalah ujian kepada kita dalam menantukan siapa antara kita yang paling bertaqwa. semoga kita berjaya mengharunginya, Insyallah.

 


Kesempatan solat sunat tarawih di #MasjidBesi pada 1 Ramadan 1434H

Alhamdulillah, dah pun sampai kita di bulan mulia, 1 Ramadan. Sebenarnya kalau nak diceritakan banyak kelebihan yang ada pada bulan berkah ini. Bagi yang mengetahui pasti akan cuba melipatgandakan amalan terutama yang sunat, disamping tidak meninggalkan yang wajib. Selain itu, motivasi amalan mereka sentiasa pada tahap maksimum dari awal hingga akhir, insyallah.

Namun apa yang hendak di coret adalah pengalaman menunaikan solat sunat terawih di masjid besi, putrajaya. Alhamdulillah seperti tahun dulu juga, ada imam import yang didatangkan khas dari Mesir. Beliau bernama Ybhg. Syeikh Dr. Samy Ahmed Abd. el Rahman Elfeky. Sungguh sedap dan enak bacaan ayat suci Al-Quran daripada beliau.

Seperti tahun-tahun sudah juga, 1 Ramadan pasti masjid besi dipenuhi hingga ke saf belakang (sebelum ruangan wanita). Tahun ini jemaah masih lagu berkesempatan melakukan terawih 20 rakaat + 3 witir. Kalau nak wat lapan pun boleh, dan kebanyakkannya mmg nampak wat lapan, sebab selepas tu saf nampak kurang.

Tahun ini ada penambahbaikan yang dibuat oleh urusetia Majid dengan meletakkan beberapa kipas berdiri untuk keselesaan jemaah.

Susana malam tadi sememangnya tenang dan alunan bacaan imam sememangnya ada daya penarik. Tidak sedar kita setiap rakaat sudah habis. Istilah kehebatan dan keistimewaan ayat-ayat suci Al-Quran itu sendiri.

Tertarik dengan pesanan imam besar masjid besi tadi, "jangan jadikan masjid di awal penuh namun di pengunjung kurang jemaah" sebaliknya jadikan ianya seperti stadium bola sepak "di awal penuh dan menjelang peringkat akhir yang dijanjikan piala, lagi banyak penonton" itu lah yang kita mahukan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...