iDevices

Semua Yang Berkaitan Dengan iDevices Yang Ingin Anda Tahu.

Bola Sepak

Bangun Bola, Makan Bola, Tido Bola.

Alam dan Manusia

Pandangan Sekeliling.

Cari Makan

Dunia pekerjaan Seharian.

InstaFood

Seni Hiasan Makanan.

31 May, 2014

Amaran oleh DiGi untuk tidak menerima mana-mana panggilan yang boleh menyebabkan anda dikenakan bayaran.





beberapa minggu lepas para pelanggan DiGi ada menerima mesej amaran ini.

menurutnya, sekiranya kita menerim panggilan dari mana-mana nombor yang dinyatakan, kita mungkin akan dikenakan bayaran yang tinggi.

Sebelum ini, dahulu kita ada juga mendengar perkara-perkara sebegini, nama ternyata ianya benar rupanya.

harap maklum

- Posted using BlogPress from my iPhone 

Adakah kaitan anda cuti sekolah dengan kadar jenayah melibatkan remaja?

Sekadar mengajak untuk berkongsi cerita. Menggerakkan otak untuk berfikir sejenak. Adakah wujud kaitan antara kadar jenayah dan bilangan kes jenayah melibatkan remaja? Berikut adalah contoh kes yang didedahkan oleh Hmetro berkaitan dengan satu kes jenayah bersiri melibatkan remaja yang beroperasi di Putrajaya. Walaupun tidak dapat dipastikan bilangan kes jenayah melibatkan golonggan remaja, namun yang pasti ada kecenderungan bagi mereka untuk melakukan kes jenayah. Walaubagaimanapun, jenis bahan curinya nampaknya lebih kepada item-item terkini... Hehe


4 ‘Spiderman’ tewas<

Putrajaya: Dua remaja, masing-masing calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) antara empat suspek dikenali sebagai Geng Asroy yang ditahan selepas dipercayai terbabit dalam sembilan kes pecah rumah di sekitar Putrajaya di sini sejak Mac tahun lalu.

Remaja berusia 15 dan 17 tahun itu serta dua lagi rakannya masing-masing berusia 20 dan 21 tahun menjadikan kawasan perumahan di sini sebagai sasaran jenayah diberkas dalam dua serbuan pada 20 dan 21 Mei lalu.

Tiga daripada suspek terbabit ditahan di kediaman masing-masing di Putrajaya manakala seorang suspek ditahan di Kampar, Perak.

Serbuan itu dilakukan selepas polis menerima laporan kejadian pecah rumah di daerah berkenaan membabitkan kerugian RM55,000.


ABDUL Razak (dua dari kiri) melihat barangan yang dirampas.


Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, kumpulan ini bergiat aktif memecah masuk rumah penduduk sejak Mac tahun lalu.


- Posted using BlogPress from my iPad

30 May, 2014

Cyberelevat0r iOS 7.1.1 Jailbreak Tool penipu




dah keluar dah CyberElevat0r yang didakwa merupakan tools untuk jailbreak iOS 7.1.1 bagi iPhone 4S ke atas. Adakah ianya benar?

Ternyata ianya menipu. Jangan buang masa anda dalam mencubanya.

- Posted using BlogPress from my iPhone 

Lagi kisah kanak-kanak dibunuh kejam!!! Apa nak jadi ni??? - Binatang " Tajuk Berita Hari Ini"


Tidak cukup dengan berita menggemparkan pada semalam, iaitu keluarga sendiri mendera kanak-kanak sehingga maut....hari ini dikejutkan pula dengan berikita kanak-kanak dibunuh kejam di Kuala Lumpur.

Bertajukan berikita "Binatang", ianya cukup menggambarkan kedasyatan peristiwa tersebut. Semoga menjadi pengajaran kepada kita... Semoga keluarganya tabah menghadapi cabaran. dan yang paling penting!!! kita harus berhati-hati sentiasa.....tidak selamat.

Dipetik dari Hmetro (30-5-2014)

Binatang!

Kuala Lumpur: Menyedihkan apabila seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam keadaan kepalanya bercerai dari badan di tepi Sungai Klang berhampiran Stesen Komuter Kuala Lumpur, Jalan Hishamuddin di sini, malam tadi.
Kanak-kanak malang berusia antara dua hingga tiga tahun berkenaan ditemui orang awam kira-kira jam 9 malam dipercayai dikelar seorang lelaki warga asing yang sempat melarikan diri.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa dikatakan dibawa lari oleh suspek berkenaan dari sebuah pusat beli belah di Pudu Sentral ketika ditinggalkan bersama rakan ibunya.

"Polis sedang giat mengesan suspek yang melarikan diri sebaik menyedari tindakannya mengelar leher mangsa dilihat orang awam dan usaha mengesan lelaki warga asing berusia 30-an itu sedang giat dijalankan.
"Ibu bapa mangsa sudah dimaklumkan dan mereka sudah membuat pengecaman, namun belum disoal siasat berikutan keadaan ibunya yang hampir pengsan sebaik melihat keadaan anaknya," katanya.
Menurut Zainuddin, pemeriksaan di tempat kejadian menemui serpihan marble berhampiran mayat dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa. 

Motif sebenar kejadian itu masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/30

28 May, 2014

Flight Radar 24 - Apps untuk track flight yang anda khendaki.







Apps ini boleh diperoleh dari Appstore. Ada versi free dan berbayar. Tujuannya satu, iaitu untuk memjejaki perjalanan (real time) mana2 flight yang anda khendaki. Untuk apa? Pastinya untuk mengetahui di manakah pesawat tersebut sedang berada dan masa tibanya berserta masa berlepasnya.












- Posted using BlogPress from my iPad

27 May, 2014

Apa yang perlu anda tahu pada 28 Mei 2014




- Posted using BlogPress from my iPad

22 May, 2014

Pertandingan Fotografi sempena #Floria2014




Maklumat diperoleh dari Instagram Perbadanan Putrajaya. Ada pertandingan yang bakal berlangsung sempena Floria2014. Kepada mereka yang meminati bidang ini, apa kata cuba,

perbadananputrajaya
Pertandingan fotografi sempena #putrajayafloria. Untuk maklumat lanjut:: azzua di 88877603 / azzua@ppj.gov.my atau shezureen 8887 7772 / shezureensuhaimi@yahoo.com #floria2014 #putrajaya #photogrid @photogridorg

Link : Perbadanan Putrajaya

- Posted using BlogPress from my iPhone 

20 May, 2014

iOS 7.1.1 Jailbreak Video oleh @Winocm




Kalau semalam kita disiarkan dengan berita iPhone 5C dijailbreak pada iOS7.1.1, Namun hari ini pula Winocm menyaksikan iPhone 4 'selamat' dijailbreak pada iOS7.1.1. Lebih menarik, siap ada video lagi sebagai bukti.

- Posted using BlogPress from my iPhone 

Gadget - Lens Untuk Camera Sony!!! Menarik





Gambar ini diperoleh dari FB seseorang. (Sorry tak beri kredit). HeHe

Menurutnya Fon Sony Experia X2 boleh dipakaikan dengan Lens Sony QX100. Nampak cool!!!! Smart dah bergaya!!!'

Ada sesiapa pernah cuba? atau mengetahui akan perkara ini? boleh kongsikan maklumat anda. Thanks

- Posted using BlogPress from my iPhone 

Hotel & Resort Yang Diiktiraf memiliki sijil halal yang diiktiraf oleh JAKIM, JAIN, MAIN, dan HDC

Hotel & Resort Yang Diiktiraf




Rakyat Malaysia semakin hari semakin peka dalam mencari status halal bagi sesebuah premis. Walaupun kebanyakan premis didapati memiliki logo halal, tetapi para pengguna haruslah mengambil langkah berhati-hati dengan memeriksa status halal premis berkenaan dengan pihak JAKIM.

Kini, bagi memudahkan pengguna, disediakan senarai hotel & resort yang memiliki sijil halal yang diiktiraf oleh JAKIM, JAIN, MAIN, dan HDC.

SENARAI

- Posted using BlogPress from my iPhone 

Louis Van Gaal menjadi pengurus tetap Manchster United








Berita yang tidak sepatutnya membuatkan anda tenganga-ngaga! Ye! Louis Van Gaal telah dipilih menjadi pengurus Man Utd yang baharu menggantikan Ryan Giggs yang menggalas tugas sebagai pengurus interim selepas David Moyes dipecat bulan lalu.



Pastinya berita Giggs bersara adalah lebih besar kerana beliau telah berada di kelab tersebut semenjak berusia 13 tahun lagi.



Namun, Giggs seterusnya akan menjadi penolong pengurus bagi membantu Van Gaal.



Van Gaal akan mengambil alih tugas barunya selepas tamat kempen Piala Dunia 2014 nanti.

#GGMU


- Posted using BlogPress from my iPhone 

19 May, 2014

Maaf tiada versi iOS8 pada iPhone 4 dan iPad 2.

Dikhabarkan Apple akan menghadkan keupayaan untuk naiktaraf ke iOS 8 bagi iDevices seperti iPhone 4 dan iPad 2 dan ke bawah.



Kes sebegini pernah juga berlaku apabila iOS 7 menemui pengguna dengan hanya iPhone 4 dan iPad 2 ke atas sahaja yang boleh dinaiktaraf.

Antara alasanya adalah iDevices ini akan mengalami masalah kehabisan bateri dengan cepat sekiranya beralih ke iOS 8 nanti.

Mungkin juga dari segi marketing strategi, iyer dak? haha

- Posted using BlogPress from my iPhone 

18 May, 2014

update : iOS 7.1.1 Jailbroken on iPhone 5C

Umum mengetahui bahawa tiada versi untethered jailbreak bagi iOS7.1.1 untuk iPhone 4 ke atas. Versi terakhir adalah 7.0.6.

Imej : iPhone 5C yang telah selamat dijailbreak oleh i0n1c




Namun, komuniti dikejutkan oleh dakwaan yang menyatakan telah ada iPhone 5C (berdasarkan warna putih di atas) yang telah dijailbreak oleh i0n1c. Namun tidak dapat dipastikan versi umum akan dikeluarkan.

Gambar Besar: iPhone 5C jailbroken on iOS 7.1.1




Berpandukan gambar Cydia dah menawan iOS7.1.1, pasti membawa sedikit harapan bahawa akan ada versi public release nanti. Walaupun mungkin selepas iOS8 dikeluarkan. Ianya nampak cerah.

- Posted using BlogPress from my iPhone 

Wanita tanpa pengenalan diri ditemui bersolat atas jejambat

KUALA LUMPUR: Seorang wanita menggemparkan pemandu yang menggunakan jejambat berhampiran Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka di ibu negara pagi ini, apabila dilihat menunaikan solat dan membaca al-Quran.

Gambar wanita berkenaan yang lengkap bertelekung sambil bersimpuh di atas sejadah dan membaca al-Quran mula tersebar di laman sosial sejak tengah hari ini.


-- Gambar Facebook UMB-X






Memetik laporan MStar sebagai berkata, maklumat awal mendapati Anita Shiar, 27, mendakwa dia bermimpi ditimpa perkara tidak baik lalu bertindak bersolat di merata lokasi.

Laporan disahkan diterima Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad.

Wanita terbabit ditemui tanpa dokumen pengenalan diri dan kemudian di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut.


Read more;

Astro Awani

- Posted using BlogPress from my iPhone 

16 May, 2014

Wings Bakal Mengadakan Konsert Akustik (Unplugged) ‘Wings Versi Tanpa Distortion’




Wings bukanlah satu nama asing dalam industrti muzik negara. kehebatan penyanyinya Awei, dan gaya mainan muzik yang bergitu unik nyata terus meletakkan kumpulan ini sebagai salah satu icon atau lagenda muzik di negara ini.

Walaupun irama rock telah hampir pupus, namun seperti mana yang pernah diungkapkan oleh seseorang bahawa "rock ini perlu muncul sekali sekala, ianya tidak mati", ternayata muzik rock mereka masih medapat tempat di hati peminit.

Terbaru, kumpulan ini akan mengadakan konsert akustik 'Wings Versi Tanpa Distortion' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 8 Jun depan. Apa yang pasti, ini adalah berlainan dengan irama keras atau slowrock yang kebiasaan Wings dikenali. Uplugged atau tanpa distortion ini mengingatkan kita kepada kumpulan yang terdahulu mempeloporinya seperti Nirvana, Alice In Chains, Eric Clapton, Tesla, Bryan Adams serta artis tempatan seperti Search, Datuk M Nasir, Ziana Zain, Slam dan Butterfingers.

Yang pasti, keunikan PICC dan kehebatan muzik Wings pasti akan memukau peminat pada malam itu. Kepada peminat teger kumpulan ini, inilah masa anda untuk menghidupakan kembali kenangan lampau dengan sentuhan romantis PICC berserta bunyi-bunyian tali-talian gitar kapok..hehe

Pada konsert tersebut, Wings akan membawakan sebanyak 18 buah lagu popular mereka termasuk beberapa lagu rock popular sekitar 80an dan 90an.

Harga tiket menyaksikan persembahan ini dijual dengan harga RM99, RM149, RM199, RM249, dan RM299.

Pembelian tiket secara dalam talian boleh dilakukan di www.ezitix.net.

15 May, 2014

Berakhirlah sudah Perlawanan Liga Premier Inggeris Musim 2013 - 2014. Statistik Yang Anda Perlu Tahu,





Berakhirlah sudah liga yang paling diberi tumpuan di seleluruh dunia, iaitu Liga Perdana Inggeris Musim 2013 - 2014.

Antara Fakta yang perlu anda tahu;

*1,052 gol dijaringkan.
*102 jumlah gol yang dijaringkan oleh City adalah merupakan kedua terbanyak dalam rekod BPL
*101 jumlah gol yang dijaringkan oleh City adalah merupakan ketiga terbanyak dalam rekod BPL
*31 gol dijaringkan oleh Luis Suarez (Pemenang Kasut Emas)
*Liverpool mencatatkan kemenangan terpanjang sepanjang musim dengan 11 kemenangan.
*95.9% Rekod kapasiti penuh stadium. Rekod baru.
*25 kali tempat pertama bertukar tangan. Kedua tertinggi dalam sejarah BPL.
*21% perlawanan berakhir dengan kesudahan seri. Kedua terendah dalam sejarah BPL.

Semoga berjumpa lagi ke Musim 2014 - 2015.


- Posted using BlogPress from my iPad

Jawatan Kosong di Perbadanan Pembangunan Kampong Baru




Kepada mereka yang berkelayakkan dan mencari-cari peluang pekerjaan, apa kata cuba isi jawatan kosong di Perbadanan Pembangunan Kampong Baru. Mana tau ada rezeki anda.

Borang boleh diperolehi dari pautan berikut;

Perbadanan Pembangunan Kampong Baru


- Posted using BlogPress from my iPhone 

Rumors berkaitan iPhone 6 : Power Button ditepi, bukan ditengah seperti kebiasaan




ini hanyalah rumors sahaja. Casing telefon yang dikatakan untuk kegunaan iPhone 6 telah dikesan. Laman web tersebut yakin bahawa casing ini kemungkinan adalah untuk kegunaan iPhone 6 yang dijangkakan akan dikeluarkan pada bulan September nanti.



Perhatikan bentuknya, #1 adalah volume button, #2 adalah power button yang bukan lagi di atas, sebaliknya di sisi. wow!!

Selain itu, perbezaan ketara yang dikesan adalah, bentuk tepi 'iPhone 6' yang berbentuk melengkung, dan bukannya petak seperti pada iPhone 4,5,5C,5S. Adakah mereka kembali kepada bentuk asal seperti pada iPhone 1,2 dan 3?

sama-samalah kita nantikan.

- Posted using BlogPress from my iPhone 

14 May, 2014

Persaraan Park Ji-Sung dari arena Bolasepak




Lupakan Vidic, Rio Ferdinand sekiranya anda adalah peminat setia Manchester United. Berita persaraan Ji-Sung Park adalah amat menyentuh berbanding kedua-dua pemain pertahanan tengah The Red Devils tersebut.

Park telah menyarung jersey United selama 7 tahun dan penampilan sebanyak 200 kali untuk kelab ini. Pemain sayap ini kemudiannya telah dijual ke QPR sebelum dipinjamkan ke kelab lamanya PSV.

Park terkenal dengan kerajianannya seperti tiada penat. Beliau menjaringkan beberapa gol penting ketika mewakili kelab itu. Mungkin Park tidak terlalu bersedih kerana rekodnya yang telah bermain dalam 3 edisi piala dunia. Park pastinya berbangga dengan rekod cermelangnya bersama United dan tiada semasa United menamatkan rekod buruk mereka pada kempen BPL 2013/14.

Terima kasih Ji-Sung Park.

- Posted using BlogPress from my iPad

09 May, 2014

Pegatron telah mendapat arahan supaya memula kerja-kerja pengeluaran iPhone 6?

Menurut laporan Industrial and Commercial Times, salah satu pengeluar yang bertanggungjawab mengeluarkan komponen iPhone Apple telah menumpukan 15% dari kapasiti tugasan mereka dengan kerja-kerja pengeluaran iPhone 6 kepada Apple.

Pegatron dijangkakan akan membekalkan 50 juga unit pada tahun ini, termasuk iPhone 4S/5/5C/5S dan juga iPhone 6.

Gambar : iPhone 6 memulakan operasi pengeluaran mereka di kilang Pegatron, China.




Gambar : Acuan yang dikatakan untuk membuat iPhone 6.







- Posted using BlogPress from my iPhone 

08 May, 2014

Video perbandingan fizikal iPhone 5S vs iPhone 6

Clip di bawah memaparkan berbandingan fizikal saiz dan bentuk iPhone 5S dan iPhone 6 yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi. Jelas sekali ini menunjukkan perbezaan ketara yang mana Apple (dijangka) akan mengeluarkan phone bersaiz skrin lebih besar berbanding generasi yang sebelumnya.

YouTube Video

- Posted using BlogPress from my iPad

06 May, 2014

AllDrop: upload apa sahaja jenis fail ke Dropbox




Cydia telah mengeluarkan satu jailbreak tweak yang dipanggil AllDrop yang mengoptimumkan penggunaan Dropbox. Bagi kebanyakkan penggunana yang gemar menggunakan dropbox sebagai satu alternatif bagi masalah storan iphone/ipad yang terhad. Ini adalah sememangnya satu penyelesaian yang terbaik. Kini bukan sahaja gambar dan video dari telefon anda yang boleh dibackup di DropBox, malahan apa sahaja....






- Posted using BlogPress from my iPad

04 May, 2014

Google’s Project Ara akan 'menghancurkan' iPhone

Beberapa tahun kebelakangan ini, banyak perubahan besar telah berlaku pada platform Android dan, walaupun kebanyakkan komponennya dipunyai oleh Google, Android masih merupakan sistem platform open source, sesuatu yang Motorola cuba lakukan sebelum dibeli oleh Lenovo.

Google Ara Mdular Phone Project




Project Ara mungkin tekah berkubur apabila pengambilalihan tersebut berlaku, tetapi team yang dibelakangnya iaitu ATAP telah berhijrah ke Google dan meneruskan projek ini. Samaada ia beejaya atau tidak, Google sedang membuat satu projek yang berpotensi untuk mempengaruhi telefon pintar anda, yang mana membenarkan anda 'membina' mengubah bentuk telefon pintar anda dalam pelbagai bentuk yang diingini. Hebat bukan?

Bagaimana Google ARA berfungsi ?

Serupa seperti satu projek yang dikenali sebagai PhoneBloks, ideanya mudah. Anda mempunyai endoskeleton dan beberapa modul (komponen) yang boleh disambungkan. Modul ini mengandungi keyboards, displays, processors dan bateri; pendek kata apa-apa sahaja apa sahaja yang diperlukan oleh sesebuah smartphones.



Idea konsep ini adalah ia membolehkan part yang rosak digantikan apabila modul tersebut gagal berfungsi, atau mungkin disebabkan ianya hendak dinaiktarafkan. Ini akan membolehkan anda melakukannya tanpa perlu menjual dan membeli keseluruhan telefon pintar anda.



Apa kelebihan Google ARA ?

Pertama adalah kebolehupayaan merekayasa (customization). Tak semestinya kesemua pengguna telefon pintar gemarkan keseluruhan rupa standard telefon pintar mereka, tetapi dengan Projek Ara, anda boleh memilih apa yang anda mahukan dan apa yang anda tidak mahu dengannya.



Jangka hayat Telefon pintar Ara adalah antara 5 - 6 tahun, ini adalah 3 tahun lebih lama berbanding telefon pintar sediaada. Ia juga menghapuskan budaya orang menjual beli spptelefon pintar dengan kerap, mereka akan hanya menggantikan komponen telefon pintar yang diingini sahaja.

Halangannya nanti adalah developers 3rd parti. Sekiranya ia berjaya, mereka akan membina dan seterusnya menjual komponen bolehganti ini berbanding mereka keseluruhan telefon pintar yang baru.



Apakah halangan dalam melaksanakan Projek Ara ?

Projek Ara tidak mempunyai apa-apa halangan utama. Pada permulaan, rekabentuknya yang bersegi akan sedikit menyukarkan kebanyakkan syarikat telefon pintar yang pada masa ini mengeluarkannya dalam pelbagai bentuk yang boleh dilentur atau dilipatkan.

Kesemua modul yang dibinakan harus mampu serasi bersama, sekiranya tidak, ia akan menyukarkan pengguna kelak.

ATAP kini sedang bekerja dalam 3 jenis endoskeleton – Mini, Sederhana and Besar. Modul ini dalam 3 saiz iaitu – 1×1, 1×2 and 2×2 – dan mampu ditukargantikam dengan setiap endoskeleton. Apabila dilengkapkan, keseluruhan telefon pintar adalah setebal kurang dari 10 mm.




Sebaliknya, cabaran yang terbesar adalah pada software optimization. Android pada masa ini hanya bekerja dalam persekitaran modul tunggal sahaja. Bagi mereka, Ara adalah 3rd party. Perkakasan bolehubah tidak di support oleh Android, yang kemungkinan hanya akan wujud pada penghujung tahun ini dalam bentuk forked OS.

Apa kemudian ?

Banyak perkara yang masih perlu dilakukan oleh Google pada projek yang sebesar ini. Beberapa siri conferences telah dirancang sepanjang tahun ini untuk memberi maklumat lanjut. Kemungkinan kita bakal mengetahui lebih tepat hanya selepas itu.

Berapa kos ?

Projek ini menumpukan mereka yang tidak mampu membeli telefon pintar yang mahal. Harga yang dijangkakan adalah RM90 untuk endoskeleton dan RM180 untuk endo dan modul asas untuk permulaan dan mungkin akan naik lagi.

Mampukah Google 'menghancurkan' telefon pintar ?

Idea ini jelas, sekiranya ia membuahkan hasil, kemungkinannya tidak dapat kita jangka. Namun, mampukam mereka 'menghancurkan' konsep telefon pintar? Sekiranya ia berjaya, ada kemungkinan telefon pintar tukar-ganti ini mengubah segala-galanya. Namun, peluang untuk telefon pintar sediada ini berubah 100% adalah kemungkinan amat tipis.


- Posted using BlogPress from my iPad

03 May, 2014

Gambar yang dikatakan dummy set unit iPhone 6 muncul!!!!




Sememangnya diketahui Apple akan mengeluarkan, sedang dalam proses membuat model iPhone 6 kini. Terbaru, didakwa ini adalah unit dummy set iPhone 6. Ianya berupa sebuah unit yang kelihatan hampir serupa dengan iPhone 5/5S dan berwarna putih di hadapan.


Manakala belakangnya pula berwarna silver dan kesemua button volume, sleep, camera, flash adalah seperti versi yang terdahulunya


Namun, tidak diketahui dari mana sumber dakwaan ini. Oleh itu, sama-samlah kita nantikan versi iPhone 6 yang akan didatangkan dengan saiz 4.7 dan 5.5 inchi nanti. Adios!!!!

- Posted using BlogPress from my iPad

02 May, 2014

Twitter sedang cuba fungsi "mute" pada versi Twitter for iOS app





Berita baik kepada pengguna tegar Twitter For iOS, anda bakal disajikan dengan versi standard twitter yang akan ada fungsi "mute" atau senyap.

Bagi kebanyakkan pengguna 3rd party Twitter seperti Tweetbot, Ubersocial, Tweetcaster dan sebagainya, ini bukanlah satu ciri-ciri yang baru. Sebaliknya, fungsi imi telah lama ada pada apps twitter versi meraka. Apa yang uniknya fungsi mute ini? Sebenarnya, fungsi "mute" adalah apabila anda dengan sengaja "menyenyapkan" mana-mana tweet dari orang yang sedang anda follow. Rungkasnya, ia adalah seperti meng-ignor-kan seseorang itu dalam tempoh yang tertentu. Dan dalam masa yang sama, individu tersebut tidakpun mengetahui bahawa di sedang diabagikan & meneruskan tweets nye seperti biasa. Kejam kan? Hahah

Namun, ini bukanlah sesuatu yang sudah sah. Sebaliknya, masih dalam peringkat percubaan dan penggunana IOS bakal menikmatinya dulu.


- Posted using BlogPress from my iPad

01 May, 2014

Model phone yang sesuai untuk kegunaan Cable Shutter for Android. #Selfie





Cable "Shutter For Android" masih dianggap paling sesuai untuk kegunaan berselfie kerana;

1) Mudah
2) Murah
3) Jimat beteri
4) Cepat.

Namun, masalahnya adalah wcable nya yang bersirat dan tidak nampak cantek ketika digunakan. Namun, peduli apa? Janji yang penting gambar boleh ditangkap. Okey di bawah ini adalah model-model telefon Android yang telah ditest guna bersama alat ini, dan berjaya dipasangkan dengan jayanya.

Kebanyakkan Android Phone memerlukan apps Camera 360 yang perlu disetkam terlebih dahulu function "Volume Button" sebagai "capture" terlebih dahulu. Caranya adalah mudah seperti di bawah;







Berikut adalah model yang telah diuji;

1) Sony Ultra Z (Camera 360)

YouTube Video

2) Note II

YouTube Video


(updated 1 Mei 2014)

- Posted using BlogPress from my iPad

#Selfie atas motor. Der! bahaya laaaa.... Jangan buat macam ni Okey!










Awas!!! Jangan tiru aksi ini. Gunkan pertimbangan anda dengan sewajarnya.



Ketika #Selfie sedang menjadi fenomena, terdapat banyak idea kreatif untuk mengambil gambar #Selfie yang lebih unik dan lain dari yang lain.

Terbaru, admin terkejut dengan clip yang tersebar di internet iaitu mamat menunggang motor dengan sebelah tangan memegang monopod (rasanyalah) sambil berbicara melaluinya.

Wah!!!! hebat!!!!! tapi, nasihat admin, kalau boleh janganlah berbuat begini ia membahayakan.

- Posted using BlogPress from my iPhone 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...