iDevices

Semua Yang Berkaitan Dengan iDevices Yang Ingin Anda Tahu.

Bola Sepak

Bangun Bola, Makan Bola, Tido Bola.

Alam dan Manusia

Pandangan Sekeliling.

Cari Makan

Dunia pekerjaan Seharian.

InstaFood

Seni Hiasan Makanan.

30 September, 2014

Hi Mr. Handphone, Selamat Berkenalan Dengan Zeus,


SCAM ALERT : ‘Zeus Trojan’ yang sebelum ini digunakan untuk menggodam maklumat peribadi seseorang melalui komputer, kini diaplikasikan terhadap pengguna telefon pintar. Taktik terbaharu sindiket penipuan Internet ini akan mewujudkan satu program baru sekali gus berfungsi sebagai 'pencuri' maklumat bank ketika mangsa melakukan perbankan Internet.
Modus Operandi:
1. Komputer mangsa telah dijangkiti oleh malware / keylogger (Zeus Trojan) yang dihantar oleh suspek melalui email dan media sosial.
2. Malware ini berfungsi apabila mangsa log-in ke dalam laman Internet Banking yang sebenar.
3. Apabila telah berjaya log-in di paparan utama Internet Banking, maka malware ini akan memaparkan pautan palsu dimana mengarahkan mangsa memasukkan maklumat nombor telefon dan juga dikehendaki memilih Operating System handphone yang digunakan.
4. Mangsa akan menerima satu pautan url link melalui sms (nombor telefon antarabangsa) dan diarahkan untuk klik link tersebut.
5. Apabila mangsa klik pautan akan keluar satu sijil yang kononnya dikeluarkan oleh pihak bank beserta kod.
6. Seterusnya mangsa dikehendaki memasukkan nombor kod tersebut di dalam laman internet banking palsu bagi tujuan pengesahan oleh suspek bahawa mangsa telah memasukkan nombor telefonnya yang sebenar. Proses ini mengambil masa kurang daripada satu minit.
7. Proses muat turun dari url link tersebut, telah mewujudkan satu program baru di telefon pintar mangsa dengan ikon berkaitan.
8. Tanpa mangsa sedari, program inilah yang berfungsi sebagai SMS Stealer yang menghantar TAC number kepada suspek.
9. Setelah selesai proses muat turun tersebut, paparan page sebenar bank berkaitan akan dipaparkan semula di komputer mangsa.

Nasihat Polis
1. Pastikan anti-virus dan perisian anti-malware sentiasa dikemaskini.
2. Berhati-hati semasa muatnaik sebarang fail dan program baru dan pastikan sumber adalah boleh dipercayai.
3. Jangan mudah memberikan nombor akaun bank kepada pihak atau individu yang tidak dikenali terutamanya melibatkan urusniaga perbankkan.
4. Berwaspada dan jangan membuka mesej emel spam mengandungi lampiran atau klik pautan dari sumber yang meragukan.
5. Elakkan menggunakan perkhidmatan talian internet terbuka untuk melakukan urusan kewangan.
6. Sentiasa gunakan laman web rasmi ketika membuat sebarang urusan.

Sumber :FB

28 September, 2014

Peminta buat kejutan dengan ungkapan "Pulanglah Robaldo"




Bolasepak juga tidak kurang Dramanya. Semalam, Semasa perlawanan Villareal dengan Real Madrid di mana Ronaldo menjaringkan salah satu daripada dua gol kemenangan.

Namun, bukan itu yang mahu diceritakan, tetapi adegan menarik di mana, ada peminat United yang mengelar diri mereka United Reel telah sanggup menyewa kapal terbang ringan dengan membawa kain rentang bertulis "pulanglah Ronaldo" melintasi Stadium El Madridgal di mana perlawanan tersebut berlangsung. Agak simbolik bukan?

Tapi entahlah, ada ke Ronaldo perasan? dah macam orang nak meminang pasangan lak?









- Posted using BlogPress from my iPhone 

iPhone 6 Plus yang dikatakan mudah bengkok??!!




Selama beberapa hari ini, kita ada mendengar akan berita iPhone 6 Plus yang dikatakan mudah bengkok. Ia tidak kukuh & tidak setanding dengan kualiti yang sepatutnya.

Di Klip di atas, mamat ni membuktikan dakwaannya dengan mengenakan sedikit tenaga bagi menbuktikannya. Tetapi menurutnya, ia tidak berlaku pada jenama lain seperti Motorola.

Jika benar bagi didakwa, anda saksikan sendiri & kemudian nilaikannya lah sendiri. Komen murni dialu-alukan. TQ

Klip iPhone 6 Plus yang dibengkokkan.

- Posted using BlogPress from my iPhone 

27 September, 2014

APPLE Dah Tak Benarkan Downgrade ke IOS 7.1.2

Apple dah tak bagi korang downgrade ke iOS 7.1.2. Pintu dah tutup!!



Menurut hackers iOS terkenal, iH8sn0w, korang dah terlambat. akan stuck di iOS 8.0.2 sekiranya dah update.

Walaubagaimanapun, korang masih boleh lagi downgrade ke iOS 8, tetapi tidak iOS7.0.1 sebab Apple dah tarik balik versi banggang yang ada kesilapan tu.

- Posted using BlogPress from my iPhone 

24 September, 2014

Variasi Produk Original iPhone ke iPhone 6 Plus.




Bermula dari tahun 2007 di mana Apple mula memperkenalkan iPhone yang pertama, kini sudah 8 tahun berlalu.

Buat pertama kalinya Apple memperkenalkan 2 model sekali serentak, iPhone 6 & 6+. Bagi kebanyakkan, tiada apa yang boleh diterkejutkan, kerana sudah pastilah screen yang besar menjadi taruhan. Cuma bezanya adalah, ia di datangkan dalam 2 variasi iaitu 6 & 6+. Pasti ada yang terfikir, Apple sengaja mahu test market dengan memberi 2 pilihan ini. tidak semua orang sukakan screen besar (nampak mcm seteru utama iaitu samsung & sejenis dengannya) dan tidak kurang juga yang menyukainya.

Gambar di atas memperlihatkan kesemua model2 iPhone yang telah dikeluarkan. hanya 10 model sahaja yang telah direka & dijual sepanjang tempoh 8 tahun lepas. Ini mungkin menyebabkan produk Apple tidak banyak susut nilai berbanding jenama tah hapa hapa yang lain yang mana pembuat mereka mengeluarkan hampir satu model baru setiap 6 bulan.




- Posted using BlogPress from my iPhone 

21 September, 2014

Leichester 5 - 3 Manchester United

memeranjatkan!!! kalah 5-3


lebih memeranjatkan Man Utd dengan formasi 4 defender, bukan 3.

nampak gaya player yg kaya dibeli ni tidak memahami tentang keghairahan bermain utk United!!! mereka orang asing yg hanya bermain untuk duit gaji.



hanya SAF memahami apa itu Man U yg senetulnya.

akhir kata, united perlukan defender.




- Posted using BlogPress from my iPhone 

19 September, 2014

Cara nak kurangkan gangguan dalam app Whatsapp!!!

okey! berapa banyak antara kita yang benci dengan mesej masuk dalam Whatsapp yang kita tidak mahukan???

kan dah kata, jangan campurkan soal kerja dan personal life, kan dah...

okey, ini ada tweaks yg mampu membantu penggunaan whatsapp anda.







ianya free di Cydia. kalau lom jailbroken, pandai2 le korang buat dulu... kalau dah upgrade iOs 8, minta maap.

tweak ni ada 2 ciri utama;
1. tiada notifikasi mengganggu baru windows whatsapp yg telah diblock, dan,
2. tiada tanda 'read' pada reader yang menghantar whatsapp pada anda. bagi mereka, whatsapp tersebut belum dibaca oleh anda. cool!!

cara active;






Antara tweaks yg hebat utk whatsapp. bukan apa, kita perlukan privacy kekadang kan? heheh

- Posted using BlogPress from my iPhone 

03 September, 2014

Manyak Suwei!!! Kisah Bangkai tikus dalam coklat

Gua terbaca cerita ni tadi beb!!! aduh!!! tak dapat dibayangkan perasaan uncle ni. sure 100% down lepas mengalami peristiwa trauma ni. lu orang baca lah sendiri. dipetik dari Hmetro,

MOHAMAD menunjukkan rangka tikus yang ditemui dalam pek minuman bercoklat yang dibeli hujung bulan lalu.
Alor Gajah: Seorang lelaki warga emas mendakwa minuman bercoklat yang dibeli dari sebuah pasar raya hujung bulan lalu mengandungi bangkai disyaki tikus selepas anaknya mengadu sakit perut. Mohamad Hashim, 64, dari Kampung Sungai Petai di sini, berkata, dia sekeluarga tidak menyangka minuman berperisa coklat dinikmati ahli keluarganya itu dipercayai mengandungi bangkai tikus.

 Menurutnya, dia terkejut selepas melihat bangkai dipercayai tikus dalam kotak minuman itu selepas anaknya, Hishamudin, 9, mengadu sakit perut ketika mahu ke sekolah jam 7 pagi semalam.

Katanya, bangkai tikus sepanjang empat sentimeter itu terkeluar daripada gumpalan serbuk minuman yang hampir keras ketika isterinya Siti Noraishah Kassim, 45, mahu mencedok menggunakan sudu.

“Saya beli pek minuman itu di sebuah pasar raya di Masjid Tanah awal bulan lalu. Pagi tadi (semalam) isteri mengadu bau busuk apabila membuka bekas berisi minuman itu, namun saya tidak menghiraukannya kerana bersiap menghantar anak bongsu ke sekolah. 

P/S : --> Gua tak berapa cam lak rupa bentuk tikus yang dah transform jadi coklat hybrid tu..hehehe

06 August, 2014

Apa pandangan Jamie Oliver mengenai McD?

Link : FB


Boikot Mcd bukan hanya sebab israel tapi.. tengok la sendiri..




Sesiapa yang kenal chef dari UK nama Jamie Oliver, dia telah menang dalam mahkamah kes saman McDonald tahun 2013. Jamie berjaya membuktikan yang mcDonald menggunakan peroxide dalam daging prosesnya dan dagingnya juga adalah dari quality yang paling rendah hanya layak utk binatang ternakan yg makan. So, kita patut boikot McDonald bukan hanya kerana sokongan padunya kepada gerakan Zionist tetapi jugak kerana ‘they really serve you JUNK food. You can google more abt Jamie Oliver and McDonald.

sumber:- Daily Mail

- Posted using BlogPress from my iPhone 

Dah boleh download iOS 8 Beta 5.





Bagi developers yang berkelayakkan, anda sudah boleh download iOS 8 Beta 5 di sini. Enjoy!!!

download sini der!!!!

- Posted using BlogPress from my iPhone 

18 June, 2014

Jadual Perlawanan Bolasepak pasukan Manchester United Musim 2014/2015

Jadual Perlawanan Bolasepak pasukan Manchester United Musim 2014/2015



- Posted using BlogPress from my iPhone 

17 June, 2014

Oh! Portugal...

Game dah over...
mari lihat beberapa fakta mengenai kekalahan pasukan Portugal 0 - 4 kepada Jerman.




✅ Tranformasi muka buruk kepada muka handsome CR7 tiada kena mengena dengan game ini. Wahai pengulas bolasepak yang kononnya hebat, lantak pi lah pada mana2 wanita yang meminti CR7 sebab muka dia la ni kira handsome... hang kalut wat pa? muka hang buruk ka?




✅ Pepe tetap Pepe. sering menjadi cikgu padahal murid tidak mahu pun mendengar pengajaran nya. amek ubat!!! deshuuummmmm!!!

✅ Pasukan Portugal terlalu attacking-minded line-up. entertain, tapi berisiko. senang kata berani bodoh aaa... so, Amek ubat!!! deshuuummmmm!!!!

✅ Huga Almeda ibarat giant dalam clash of clans.

✅ World Cup adalah tidak pernah adil. setakat pentas akhir pasukan yang nasib baik layak pada masa itu. boleh???? ketahuilah banyak player2 terhebat spt Johan Cruyff, Giggs, mahupun (siapa sahaja lah hero anda) tidak pernah memenangi World Cup. Player yang hebat, tak semestinya team yang hebat jua.

✅ Nani tak pernah berubah. satu game hebat, 5 game barai.

✅ Miguel Veloso & João Moutinho dah lama bermain sejak sporting lisboa, tapi x effective




✅ Raul Meireles mmg tak sihat. sure kena double-denda sebab double-hands

✅ baiklah masukkan Hélder Postiga. dah lama dah dengab team ni.

akhir sekali, tahniah pada jerman... team boring




- Posted using BlogPress from my iPhone 

08 June, 2014

Cara memasukkan fail mp3 ke dalam iPhone atau iPad secara manual.

Sekiranya anda faham apa yang dinyatakan pada tajuk di atas, maka anda pastinya tahu bahawa anda telah melepasi sekatan iOS.

Untuk memasukkan lagu seperti mp3 secara manual ke iDevices anda, cuma perlu install apps nama iTools di mac atau pc,

Browse ke media, dan drag n drop fail mp3 yang ingin dimasukan. yang paling penting, anda tidak perlu jailbreak idevices anda.

Sila, gunakan pertimbangan anda dalam menggunakan apps ini.
Ingat, menggunakan media yang tanpa hak, adalah satu kesalahan. TQ


Posted via Blogaway

07 June, 2014

sabotaj persedian pasukan bolasspak Bosnia ke Piala Dunia 2014.




Bosnia & Herzegovina rudely interrupted at training today (Photo: AFP)

- Posted using BlogPress from my iPhone 

06 June, 2014

Bahaya dalam alat mainan kanak-kanak. Awas!!!


Benda yang murah tidak semestinya berkualiti. Awas!!! pengetahuan dan penyeldikan diperlukan sebelum memilih peralatan mainan untuk anak-anak anda. Baca artikel ini;

Ibu bapa kurang arif

Kuala Lumpur: Faktor harga murah selain tidak berpengetahuan berkaitan bahan yang terkandung dalam alat permainan kanak-kanak menjadikan ibu bapa di negara ini tidak menyedari bahaya sentiasa menanti anak mereka apabila membeli mainan tanpa pengesahan Malaysian Conformity (MC).
Bagi Norhayati Abd Hamid, 34, dari Taman Medan Baru, dia terkejut selepas menyedari alatan mainan tanpa label MC sebenarnya mengandungi bahan kimia beracun.
“Selama ini, saya tidak pernah terfikir apa itu MC. Apa yang saya kisahkan ialah kalau harga murah saya beli tanpa periksa mainan itu selamat atau tidak.

“Saya fikir kalau beli mainan bergetah atau berjeli saja beracun tetapi rupanya alat permainan plastik pun ada bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan kanak-kanak.
Foto
PILIH mainan yang mempunyai pengesahan MC.
“Kini, selepas membaca pendedahan daripada Harian Metro, baru saya tahu rupanya banyak betul barang mainan yang diimport dari luar negara terutama China berbahaya dijual berleluasa di pasaran,” katanya yang serik untuk membelikan anaknya, Mohd Fakrullah Zulkifli, 8, alat permainan.
Sumber : HMetro

iOS 8 Beta 1 'sedia' di jailbreak??!!




Telah 2 hari iOS 8 diumumkan dan dibenarkan untuk dimuatturun untuk rujuan pembangunan oleh Developers.

Menurut Stefan Essar aka i0n1c (yang telah berjaya mengjailbreak iOS 7.1.1, Apple tidak 'menutup' iOS 8 ini, dan ada kemungkinan ianya mampu dijailbreak juga.






- Posted using BlogPress from my iPhone 

05 June, 2014

iOS 8 Screenshots on iPhone 5S























- Posted using BlogPress from my iPhone 

Kesilapan ~ perkara terakhir mahu kita dengari

Bercakap mengenai kesilapan, ada 3 jenis senario yg memungkinkan, pertama, tidak membawa kesan. Kedua, menguntungkan. Dan yang paling menakutkan, ketiga, iaitu yang merugikan.

Lumrah kehidupan, kesilapan adalah guru yang tidak bergaji. Oleh itu, semaklah pergerakkan dan aturkanlah langkah selain berdoa.


Posted via Blogaway

04 June, 2014

Ciri-ciri baru pada iOS 8.




Sebelum diperkenalkan iPhone 6, dipertontonkan duhulu ciri-ciri OS nya. Seperti yang diketahui, iOS 8 telah diperkenalkan semalam.

Antara ciri-cirinya adalah,

Notification




Muti-windows masih belum beroperasi sepenuhnya. Tidak seperti PCs. Untuk itu, berbekalkan ruang skrin yang terhad, pengguna akan diberi pilihan untuk membalas / respon kepada notifikasi yang baru, TANPA meninggalkan apps sediaada. Dengan ini, multi-tasking bukanlah sesuatu yang sukar lagi 😜.

Multitasking





Pengguna kini juga diberi pilihan untuk melihat senarai favorate mereka berkenaan, hanya dengan menekan home button secara 2 kali. Dengan ini, anda tidak akan terlepas tentang perkara berkaitan dengan orang yang rapat dengan anda.

Safari

Tab baru diperkenalkan

Mail




Beberapa ciri baru diperkenalkan. Pilihan dengan gerakan jari untuk flag, delete dan menandakan mail sebagai read/ unread. Kebolehan untuk melihat mail lain semasa sedang menaip mail sediaada. Juga, pilihan untuk memasukan kalender dalam mail anda.

Spotlight

Carian spotlight diperluas kepada wikipedia, iTunes Music dan beberapa web-base lagi. Selain itu safari juga menambah spotlight search kepada carian google sediaada.

Keyboard




Ciri baru dinamakan QuickType dimasukan dengan kebolehan smart predictive testing. Ia membantu memudahkan anda dalam menaip perkataan yang dikehendaki dengan pantas dan mengikut mode formal atau casual. 😊

Message




Format perbualan yang baharu. Pilihan untuk meninggalkan perbualan. Juga boleh add do not disturb.




Lebih menarik, pelbagai pilihan dalam, menambah audio, lokasi dan pelbagai lagi. Bentuk dia mcm Note ek? Heheh

iCloud Drive

Dokumen yang disimpan di iCloud boleh diaccess dari iCloud Drive dari pelbagai platform OS.

Kesihatan




Rekod peribadi kesihatan ada. Membantu?

Family Sharing



Boleh share gambar, kelender dan peringatan even pada ahli keluarga anda. Pasti mereka memilih apple 😊.

Photos




Tambah baik kepada gambar-gambar yang disimpan di iCloud

Siri

Tiba masa, siri tidak memerlukan anda menekan ia semasa memberi arahan

Tak sabar menanti? Dapatkan lah beta version kalau berani... Heheh

- Posted using BlogPress from my iPad

03 June, 2014

iPhone 6 tertunjuk secara tidak sengaja!!! Mesti tengok

Sememangnya tidak dapat dinafikan terdapat banyak bentuk iPhone 6 yang muncul sebelum ianya diperkenalkan secara rasmi pada September nanti.





Apple sendiri telah mengambil langkah drastik dengan meminta kerajaan China membantu menyekat mana-mana pihak yang terlibat secara langsung, menyebarkan maklumat ini.

Terbaru, Apple dikatakan secara tidak sengaja telah tertunjuk imej iPhone 6 pada slide presentation mereka pada persiapan WWDC 2014. Sengaja? Entah ler

Apa yang nak disurprisekan sangat entah? Semua orang dah tau tentang skrin besar kan.

Lihat video di sini

- Posted using BlogPress from my iPad

Senarai iDevices yang mampu diinstall iOS 8







Berita baik! iOS 8 compatible dengan iPhone 4S, iPad 2 dan ke atas.

Berikut adalah senarai device Apple yang boleh diinstallkan dan TIDAK boleh diinstallkan iOS 8.

iOS 8 Supported Devices

iPhone 4S
iPhone 5
iPhone 5c
iPhone 5s
iPad 2
iPad (third-generation)
iPad (fourth-generation)
iPad Air
iPad mini
iPad mini with Retina display
iPod touch fifth-generation

Unsupported Devices
iPod touch fourth-generation and older
iPhone 4 and older
Original iPad

Buat masa ini, iOS 8 masih dalam peringkat percubaan (beta) dan dijangka akan dikeluarkan bersama dengan iPhone 6 nanti.

- Posted using BlogPress from my iPhone 

01 June, 2014

Budak maut jatuh eskalator di Shopping mall

Sumber
Kes sebegini sememangnya menyayat hati. Yang pasti ianya adalah kes kemalangan yang hadir tanpa dihidu. Di dalam keringan pada masim cuti sekolah ini, pastinya banyak kebarangkalian akan berlaku perkara yang tidak diingini.

Mari kita berfikir sejenak berkenaan dengan mana-mana tempat yang kita berada. Walaupun kita tidak mempunyai "super power" seperti superman dan lain-lain, adalah baik sekiranya kita membuat analisa risiko berkenaan sesuatu lokasi berkenaan. ini secara minima, mampu membantu. Tidak dapat dinafikan kebanyakkan rekebentuk bangunan sekarang adalah lebih "cantik" berbanding "praktikal", dan ini sedikit sebanyak mengundang ancaman. Bukan kuasa kita untuk menolak takdir, namun apalah sangat sedikit usaha atas nama kebertanggungjawaban.

- Posted using BlogPress from my iPhone 

31 May, 2014

Amaran oleh DiGi untuk tidak menerima mana-mana panggilan yang boleh menyebabkan anda dikenakan bayaran.





beberapa minggu lepas para pelanggan DiGi ada menerima mesej amaran ini.

menurutnya, sekiranya kita menerim panggilan dari mana-mana nombor yang dinyatakan, kita mungkin akan dikenakan bayaran yang tinggi.

Sebelum ini, dahulu kita ada juga mendengar perkara-perkara sebegini, nama ternyata ianya benar rupanya.

harap maklum

- Posted using BlogPress from my iPhone 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...