iDevices

Semua Yang Berkaitan Dengan iDevices Yang Ingin Anda Tahu.

Bola Sepak

Bangun Bola, Makan Bola, Tido Bola.

Alam dan Manusia

Pandangan Sekeliling.

Cari Makan

Dunia pekerjaan Seharian.

InstaFood

Seni Hiasan Makanan.

30 September, 2014

Hi Mr. Handphone, Selamat Berkenalan Dengan Zeus,


SCAM ALERT : ‘Zeus Trojan’ yang sebelum ini digunakan untuk menggodam maklumat peribadi seseorang melalui komputer, kini diaplikasikan terhadap pengguna telefon pintar. Taktik terbaharu sindiket penipuan Internet ini akan mewujudkan satu program baru sekali gus berfungsi sebagai 'pencuri' maklumat bank ketika mangsa melakukan perbankan Internet.
Modus Operandi:
1. Komputer mangsa telah dijangkiti oleh malware / keylogger (Zeus Trojan) yang dihantar oleh suspek melalui email dan media sosial.
2. Malware ini berfungsi apabila mangsa log-in ke dalam laman Internet Banking yang sebenar.
3. Apabila telah berjaya log-in di paparan utama Internet Banking, maka malware ini akan memaparkan pautan palsu dimana mengarahkan mangsa memasukkan maklumat nombor telefon dan juga dikehendaki memilih Operating System handphone yang digunakan.
4. Mangsa akan menerima satu pautan url link melalui sms (nombor telefon antarabangsa) dan diarahkan untuk klik link tersebut.
5. Apabila mangsa klik pautan akan keluar satu sijil yang kononnya dikeluarkan oleh pihak bank beserta kod.
6. Seterusnya mangsa dikehendaki memasukkan nombor kod tersebut di dalam laman internet banking palsu bagi tujuan pengesahan oleh suspek bahawa mangsa telah memasukkan nombor telefonnya yang sebenar. Proses ini mengambil masa kurang daripada satu minit.
7. Proses muat turun dari url link tersebut, telah mewujudkan satu program baru di telefon pintar mangsa dengan ikon berkaitan.
8. Tanpa mangsa sedari, program inilah yang berfungsi sebagai SMS Stealer yang menghantar TAC number kepada suspek.
9. Setelah selesai proses muat turun tersebut, paparan page sebenar bank berkaitan akan dipaparkan semula di komputer mangsa.

Nasihat Polis
1. Pastikan anti-virus dan perisian anti-malware sentiasa dikemaskini.
2. Berhati-hati semasa muatnaik sebarang fail dan program baru dan pastikan sumber adalah boleh dipercayai.
3. Jangan mudah memberikan nombor akaun bank kepada pihak atau individu yang tidak dikenali terutamanya melibatkan urusniaga perbankkan.
4. Berwaspada dan jangan membuka mesej emel spam mengandungi lampiran atau klik pautan dari sumber yang meragukan.
5. Elakkan menggunakan perkhidmatan talian internet terbuka untuk melakukan urusan kewangan.
6. Sentiasa gunakan laman web rasmi ketika membuat sebarang urusan.

Sumber :FB

28 September, 2014

Peminta buat kejutan dengan ungkapan "Pulanglah Robaldo"




Bolasepak juga tidak kurang Dramanya. Semalam, Semasa perlawanan Villareal dengan Real Madrid di mana Ronaldo menjaringkan salah satu daripada dua gol kemenangan.

Namun, bukan itu yang mahu diceritakan, tetapi adegan menarik di mana, ada peminat United yang mengelar diri mereka United Reel telah sanggup menyewa kapal terbang ringan dengan membawa kain rentang bertulis "pulanglah Ronaldo" melintasi Stadium El Madridgal di mana perlawanan tersebut berlangsung. Agak simbolik bukan?

Tapi entahlah, ada ke Ronaldo perasan? dah macam orang nak meminang pasangan lak?









- Posted using BlogPress from my iPhone 

iPhone 6 Plus yang dikatakan mudah bengkok??!!




Selama beberapa hari ini, kita ada mendengar akan berita iPhone 6 Plus yang dikatakan mudah bengkok. Ia tidak kukuh & tidak setanding dengan kualiti yang sepatutnya.

Di Klip di atas, mamat ni membuktikan dakwaannya dengan mengenakan sedikit tenaga bagi menbuktikannya. Tetapi menurutnya, ia tidak berlaku pada jenama lain seperti Motorola.

Jika benar bagi didakwa, anda saksikan sendiri & kemudian nilaikannya lah sendiri. Komen murni dialu-alukan. TQ

Klip iPhone 6 Plus yang dibengkokkan.

- Posted using BlogPress from my iPhone 

27 September, 2014

APPLE Dah Tak Benarkan Downgrade ke IOS 7.1.2

Apple dah tak bagi korang downgrade ke iOS 7.1.2. Pintu dah tutup!!



Menurut hackers iOS terkenal, iH8sn0w, korang dah terlambat. akan stuck di iOS 8.0.2 sekiranya dah update.

Walaubagaimanapun, korang masih boleh lagi downgrade ke iOS 8, tetapi tidak iOS7.0.1 sebab Apple dah tarik balik versi banggang yang ada kesilapan tu.

- Posted using BlogPress from my iPhone 

24 September, 2014

Variasi Produk Original iPhone ke iPhone 6 Plus.




Bermula dari tahun 2007 di mana Apple mula memperkenalkan iPhone yang pertama, kini sudah 8 tahun berlalu.

Buat pertama kalinya Apple memperkenalkan 2 model sekali serentak, iPhone 6 & 6+. Bagi kebanyakkan, tiada apa yang boleh diterkejutkan, kerana sudah pastilah screen yang besar menjadi taruhan. Cuma bezanya adalah, ia di datangkan dalam 2 variasi iaitu 6 & 6+. Pasti ada yang terfikir, Apple sengaja mahu test market dengan memberi 2 pilihan ini. tidak semua orang sukakan screen besar (nampak mcm seteru utama iaitu samsung & sejenis dengannya) dan tidak kurang juga yang menyukainya.

Gambar di atas memperlihatkan kesemua model2 iPhone yang telah dikeluarkan. hanya 10 model sahaja yang telah direka & dijual sepanjang tempoh 8 tahun lepas. Ini mungkin menyebabkan produk Apple tidak banyak susut nilai berbanding jenama tah hapa hapa yang lain yang mana pembuat mereka mengeluarkan hampir satu model baru setiap 6 bulan.




- Posted using BlogPress from my iPhone 

21 September, 2014

Leichester 5 - 3 Manchester United

memeranjatkan!!! kalah 5-3


lebih memeranjatkan Man Utd dengan formasi 4 defender, bukan 3.

nampak gaya player yg kaya dibeli ni tidak memahami tentang keghairahan bermain utk United!!! mereka orang asing yg hanya bermain untuk duit gaji.



hanya SAF memahami apa itu Man U yg senetulnya.

akhir kata, united perlukan defender.




- Posted using BlogPress from my iPhone 

19 September, 2014

Cara nak kurangkan gangguan dalam app Whatsapp!!!

okey! berapa banyak antara kita yang benci dengan mesej masuk dalam Whatsapp yang kita tidak mahukan???

kan dah kata, jangan campurkan soal kerja dan personal life, kan dah...

okey, ini ada tweaks yg mampu membantu penggunaan whatsapp anda.







ianya free di Cydia. kalau lom jailbroken, pandai2 le korang buat dulu... kalau dah upgrade iOs 8, minta maap.

tweak ni ada 2 ciri utama;
1. tiada notifikasi mengganggu baru windows whatsapp yg telah diblock, dan,
2. tiada tanda 'read' pada reader yang menghantar whatsapp pada anda. bagi mereka, whatsapp tersebut belum dibaca oleh anda. cool!!

cara active;






Antara tweaks yg hebat utk whatsapp. bukan apa, kita perlukan privacy kekadang kan? heheh

- Posted using BlogPress from my iPhone 

03 September, 2014

Manyak Suwei!!! Kisah Bangkai tikus dalam coklat

Gua terbaca cerita ni tadi beb!!! aduh!!! tak dapat dibayangkan perasaan uncle ni. sure 100% down lepas mengalami peristiwa trauma ni. lu orang baca lah sendiri. dipetik dari Hmetro,

MOHAMAD menunjukkan rangka tikus yang ditemui dalam pek minuman bercoklat yang dibeli hujung bulan lalu.
Alor Gajah: Seorang lelaki warga emas mendakwa minuman bercoklat yang dibeli dari sebuah pasar raya hujung bulan lalu mengandungi bangkai disyaki tikus selepas anaknya mengadu sakit perut. Mohamad Hashim, 64, dari Kampung Sungai Petai di sini, berkata, dia sekeluarga tidak menyangka minuman berperisa coklat dinikmati ahli keluarganya itu dipercayai mengandungi bangkai tikus.

 Menurutnya, dia terkejut selepas melihat bangkai dipercayai tikus dalam kotak minuman itu selepas anaknya, Hishamudin, 9, mengadu sakit perut ketika mahu ke sekolah jam 7 pagi semalam.

Katanya, bangkai tikus sepanjang empat sentimeter itu terkeluar daripada gumpalan serbuk minuman yang hampir keras ketika isterinya Siti Noraishah Kassim, 45, mahu mencedok menggunakan sudu.

“Saya beli pek minuman itu di sebuah pasar raya di Masjid Tanah awal bulan lalu. Pagi tadi (semalam) isteri mengadu bau busuk apabila membuka bekas berisi minuman itu, namun saya tidak menghiraukannya kerana bersiap menghantar anak bongsu ke sekolah. 

P/S : --> Gua tak berapa cam lak rupa bentuk tikus yang dah transform jadi coklat hybrid tu..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...