13 May, 2013

Tamat sudah era 26 tahun Sir Alex Ferguson sebagai pengurus Manchester United (1986-2013)


Semalam (12-05-2013 11.00malam) berlangsung perlawanan terakhir United di Old Trafford yang menyaksikan Sir Alex Ferguson diberikan penghormatan terakhir selaku pengurus pasukan Manchester United. Disamping itu juga, Old Trafford turut menyaksikan paul scholes beraksi untuk kali terakhir di stadium tersebut. Ini merupakan pesaraan kedua Scholes selepas 31 May 2011.

Apa lagi yang hendak diperkatakan, United meraikan piala liga Inggeris yang ke-20 buat mereka. sebelum itu, mereka menggalahkan Swansea dengan jaringan 2-1, dimana Rio Ferdinan telah menjaringkan gol ke-2 United pada minit-87, dan ini merupakan gol pertamanya dalam tempoh masa 5 tahun.


Selepas ini United akan diterjui oleh David Moyes yang merupakan pengurus Everton. Disebut-sebut bahawa Wayne Rooney bakal meninggalkan Old Trafford, selepas dikatakan meminta kelab tersebut melepaskannya. Tambahan, hubungan Rooney dan Moyes juga menjadi faktor yang boleh dilihat akan menyebabkan Rooney keluar mencari kelab lain.
Namun, masa bakal menentukan halatuju United pasca-Ferguson. pastinya beberapa nama lain akan turut meninggalkan United termasuk jurulatih lain. Peminat United pastinya tidak sabar untuk menunggu perlawan United pada musim hadapan di bawah kendalian pengurus yang baru.

Selepas Ferguson, Arsene Wenger adalah merupakan pengurus yang kedua lama di Liga Inggeris. Dia bermula pada 1996.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...