10 July, 2013

Manchester United's Twitter account

Selepas beberapa tahun, akhirnya Manchester United mengorak langkah dengan mengadakan akaun twitter rasminya sendiri. Tweethandle yang dipilih adalah @ManUtd

Langkah ini agak mengejutkan kerana tiada ura-ura mereka akan melakukan perkara ini. Selepas terkenal di laman Facebook sebelum ini.

Pada masa ini, selepas sejam di beritahu mengenai akaun twitter rasmi, pengikut akaun mereka telah mencecah 100K, dan angka ini dijangka akan terus naik.

Kemungkinan mereka akan turut mengalahkan jumlah pengikut kelab seteru mereka. Ini berdasarkan faktor populariti kelab ini.

Ketika ini, dilihat banyak tweetnya berkisar ringkasan kenyataan dari kelabnya. Agak menarik kerana ini juga adalah salah satu cara rasmi mesej disampaikan dengan ringkas dan lekas.

Hidup twitter!!!

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...