10 July, 2013

Ramadan; zon melatih diri.


Bila berbicara mengenai bulan Ramadan, pasti kita tidak boleh lari dengan soal lapar dan dahaga. Seterusnya kita akan mengaitkan dengan kaedah yang terbaik dalam menjalani kehidupan seharian bersama dengan ibadah ini.

Pastinya setiap apa yang diarahkan oleh Allah ada kebaikannya, kita sebagai hamba harus menunaikannya (berkemampuan) dengan sempurna. Perlu diingatkan bahawa kita tidak seharusnya menyempitkan pemikiran kita dengan Ramadan hanya menahan diri dari lapar dan dahaga. Konteks meluas adalah, individu juga wajib menahan diri daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan ibadah puasa. Ini termasuklah hal-hal yang boleh mengurangkan pahala puasa itu sendiri. 

Bulan puasa adalah pesta untuk mengumpul pahala. Kita tahu bahawa usia umat Nabi Muhammad adalah pendek berbanding dengan usia umat-umat yang terdahulu. Dengan itu, Ramadan memberi kita peluang untuk menggandakan segala pahala amalan kita.

Surah Al-Baqarah, Ayat 183;

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa” (QS. Al Baqarah: 183)
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Ayat di atas amat sinonim dalam ibadah puasa. ia menjelaskan perihal ibadah puasa. pastinya mana-mana masjid atau surau yang mengadakan solat terawih, imam-imamnya tidak akan terlepas membaca ayat ini. 

Berbalik kita dalam hal puasa tadi, ia adalah ujian kepada kita dalam menantukan siapa antara kita yang paling bertaqwa. semoga kita berjaya mengharunginya, Insyallah.

 


0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...