10 July, 2013

Kesempatan solat sunat tarawih di #MasjidBesi pada 1 Ramadan 1434H

Alhamdulillah, dah pun sampai kita di bulan mulia, 1 Ramadan. Sebenarnya kalau nak diceritakan banyak kelebihan yang ada pada bulan berkah ini. Bagi yang mengetahui pasti akan cuba melipatgandakan amalan terutama yang sunat, disamping tidak meninggalkan yang wajib. Selain itu, motivasi amalan mereka sentiasa pada tahap maksimum dari awal hingga akhir, insyallah.

Namun apa yang hendak di coret adalah pengalaman menunaikan solat sunat terawih di masjid besi, putrajaya. Alhamdulillah seperti tahun dulu juga, ada imam import yang didatangkan khas dari Mesir. Beliau bernama Ybhg. Syeikh Dr. Samy Ahmed Abd. el Rahman Elfeky. Sungguh sedap dan enak bacaan ayat suci Al-Quran daripada beliau.

Seperti tahun-tahun sudah juga, 1 Ramadan pasti masjid besi dipenuhi hingga ke saf belakang (sebelum ruangan wanita). Tahun ini jemaah masih lagu berkesempatan melakukan terawih 20 rakaat + 3 witir. Kalau nak wat lapan pun boleh, dan kebanyakkannya mmg nampak wat lapan, sebab selepas tu saf nampak kurang.

Tahun ini ada penambahbaikan yang dibuat oleh urusetia Majid dengan meletakkan beberapa kipas berdiri untuk keselesaan jemaah.

Susana malam tadi sememangnya tenang dan alunan bacaan imam sememangnya ada daya penarik. Tidak sedar kita setiap rakaat sudah habis. Istilah kehebatan dan keistimewaan ayat-ayat suci Al-Quran itu sendiri.

Tertarik dengan pesanan imam besar masjid besi tadi, "jangan jadikan masjid di awal penuh namun di pengunjung kurang jemaah" sebaliknya jadikan ianya seperti stadium bola sepak "di awal penuh dan menjelang peringkat akhir yang dijanjikan piala, lagi banyak penonton" itu lah yang kita mahukan :)

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...