Wings bukanlah satu nama asing dalam industrti muzik negara. kehebatan penyanyinya Awei, dan gaya mainan muzik yang bergitu unik nyata terus meletakkan kumpulan ini sebagai salah satu icon atau lagenda muzik di negara ini.
Walaupun irama rock telah hampir pupus, namun seperti mana yang pernah diungkapkan oleh seseorang bahawa "rock ini perlu muncul sekali sekala, ianya tidak mati", ternayata muzik rock mereka masih medapat tempat di hati peminit.
Terbaru, kumpulan ini akan mengadakan konsert akustik 'Wings Versi Tanpa Distortion' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 8 Jun depan. Apa yang pasti, ini adalah berlainan dengan irama keras atau slowrock yang kebiasaan Wings dikenali. Uplugged atau tanpa distortion ini mengingatkan kita kepada kumpulan yang terdahulu mempeloporinya seperti Nirvana, Alice In Chains, Eric Clapton, Tesla, Bryan Adams serta artis tempatan seperti Search, Datuk M Nasir, Ziana Zain, Slam dan Butterfingers.
Yang pasti, keunikan PICC dan kehebatan muzik Wings pasti akan memukau peminat pada malam itu. Kepada peminat teger kumpulan ini, inilah masa anda untuk menghidupakan kembali kenangan lampau dengan sentuhan romantis PICC berserta bunyi-bunyian tali-talian gitar kapok..hehe
Pada konsert tersebut, Wings akan membawakan sebanyak 18 buah lagu popular mereka termasuk beberapa lagu rock popular sekitar 80an dan 90an.
Harga tiket menyaksikan persembahan ini dijual dengan harga RM99, RM149, RM199, RM249, dan RM299.
Pembelian tiket secara dalam talian boleh dilakukan di www.ezitix.net.


0 comments :
Post a Comment