01 May, 2014

Jailbreak iOS 7.1.1 atau iOS 7.1???




Beberapa hari yang lepas, Apple telah mengeluarkan iOS 7.1.1, hanya selepas memperkenalkan iOS 7.1 pada 10 Mac lepas. Ini sememangnya memeranjatkan.

Umum mengetahui bahawa iOS7.1 sememangnya tiada versi Jailbreakable. Kecuali satu, iaitu pada iPhone 4S yang didakwa telah berjaya dijailbreak oleh Winocm. Malangnya versi ini tidak pernah dikelurkan kepada umum.

Persoalannya kini adakah iOS 7.1.1 akan ada jailbreak? Ramai yang berpendapat kes ini adalah sama dengan senario iOS 6.1.3, di mana pada masa itu banyak hackers yang tidak berminat meneruskan kerja mengjailbreakkannya dan sebaliknya menantikan perubahan besar pada iOS 7 untuk 'dikerjakan'

Dengan kata mudah, banyak hackers memilih untuk tunggu dan lihat buat masa ini, sementara menantikan iOS 8 yang dikatakan akan berada di pasaran pada bulan September nanti bersama model baru iPhone 6.




Adakah anda bersetuju dengan langkah tidak meneruskan apa-apa kerja mencari jailbreak pada iOS 7.1 dan 7.1.1 ini? kongsikan pendapat anda.

- Posted using BlogPress from my iPhone 

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...