31 May, 2014

Adakah kaitan anda cuti sekolah dengan kadar jenayah melibatkan remaja?

Sekadar mengajak untuk berkongsi cerita. Menggerakkan otak untuk berfikir sejenak. Adakah wujud kaitan antara kadar jenayah dan bilangan kes jenayah melibatkan remaja? Berikut adalah contoh kes yang didedahkan oleh Hmetro berkaitan dengan satu kes jenayah bersiri melibatkan remaja yang beroperasi di Putrajaya. Walaupun tidak dapat dipastikan bilangan kes jenayah melibatkan golonggan remaja, namun yang pasti ada kecenderungan bagi mereka untuk melakukan kes jenayah. Walaubagaimanapun, jenis bahan curinya nampaknya lebih kepada item-item terkini... Hehe


4 ‘Spiderman’ tewas<

Putrajaya: Dua remaja, masing-masing calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) antara empat suspek dikenali sebagai Geng Asroy yang ditahan selepas dipercayai terbabit dalam sembilan kes pecah rumah di sekitar Putrajaya di sini sejak Mac tahun lalu.

Remaja berusia 15 dan 17 tahun itu serta dua lagi rakannya masing-masing berusia 20 dan 21 tahun menjadikan kawasan perumahan di sini sebagai sasaran jenayah diberkas dalam dua serbuan pada 20 dan 21 Mei lalu.

Tiga daripada suspek terbabit ditahan di kediaman masing-masing di Putrajaya manakala seorang suspek ditahan di Kampar, Perak.

Serbuan itu dilakukan selepas polis menerima laporan kejadian pecah rumah di daerah berkenaan membabitkan kerugian RM55,000.


ABDUL Razak (dua dari kiri) melihat barangan yang dirampas.


Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, kumpulan ini bergiat aktif memecah masuk rumah penduduk sejak Mac tahun lalu.


- Posted using BlogPress from my iPad

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...