Google Ara Mdular Phone Project
Project Ara mungkin tekah berkubur apabila pengambilalihan tersebut berlaku, tetapi team yang dibelakangnya iaitu ATAP telah berhijrah ke Google dan meneruskan projek ini. Samaada ia beejaya atau tidak, Google sedang membuat satu projek yang berpotensi untuk mempengaruhi telefon pintar anda, yang mana membenarkan anda 'membina' mengubah bentuk telefon pintar anda dalam pelbagai bentuk yang diingini. Hebat bukan?
Bagaimana Google ARA berfungsi ?
Serupa seperti satu projek yang dikenali sebagai PhoneBloks, ideanya mudah. Anda mempunyai endoskeleton dan beberapa modul (komponen) yang boleh disambungkan. Modul ini mengandungi keyboards, displays, processors dan bateri; pendek kata apa-apa sahaja apa sahaja yang diperlukan oleh sesebuah smartphones.
Idea konsep ini adalah ia membolehkan part yang rosak digantikan apabila modul tersebut gagal berfungsi, atau mungkin disebabkan ianya hendak dinaiktarafkan. Ini akan membolehkan anda melakukannya tanpa perlu menjual dan membeli keseluruhan telefon pintar anda.
Apa kelebihan Google ARA ?
Pertama adalah kebolehupayaan merekayasa (customization). Tak semestinya kesemua pengguna telefon pintar gemarkan keseluruhan rupa standard telefon pintar mereka, tetapi dengan Projek Ara, anda boleh memilih apa yang anda mahukan dan apa yang anda tidak mahu dengannya.
Jangka hayat Telefon pintar Ara adalah antara 5 - 6 tahun, ini adalah 3 tahun lebih lama berbanding telefon pintar sediaada. Ia juga menghapuskan budaya orang menjual beli spptelefon pintar dengan kerap, mereka akan hanya menggantikan komponen telefon pintar yang diingini sahaja.
Halangannya nanti adalah developers 3rd parti. Sekiranya ia berjaya, mereka akan membina dan seterusnya menjual komponen bolehganti ini berbanding mereka keseluruhan telefon pintar yang baru.
Apakah halangan dalam melaksanakan Projek Ara ?
Projek Ara tidak mempunyai apa-apa halangan utama. Pada permulaan, rekabentuknya yang bersegi akan sedikit menyukarkan kebanyakkan syarikat telefon pintar yang pada masa ini mengeluarkannya dalam pelbagai bentuk yang boleh dilentur atau dilipatkan.
Kesemua modul yang dibinakan harus mampu serasi bersama, sekiranya tidak, ia akan menyukarkan pengguna kelak.
ATAP kini sedang bekerja dalam 3 jenis endoskeleton – Mini, Sederhana and Besar. Modul ini dalam 3 saiz iaitu – 1×1, 1×2 and 2×2 – dan mampu ditukargantikam dengan setiap endoskeleton. Apabila dilengkapkan, keseluruhan telefon pintar adalah setebal kurang dari 10 mm.
Sebaliknya, cabaran yang terbesar adalah pada software optimization. Android pada masa ini hanya bekerja dalam persekitaran modul tunggal sahaja. Bagi mereka, Ara adalah 3rd party. Perkakasan bolehubah tidak di support oleh Android, yang kemungkinan hanya akan wujud pada penghujung tahun ini dalam bentuk forked OS.
Apa kemudian ?
Banyak perkara yang masih perlu dilakukan oleh Google pada projek yang sebesar ini. Beberapa siri conferences telah dirancang sepanjang tahun ini untuk memberi maklumat lanjut. Kemungkinan kita bakal mengetahui lebih tepat hanya selepas itu.
Berapa kos ?
Projek ini menumpukan mereka yang tidak mampu membeli telefon pintar yang mahal. Harga yang dijangkakan adalah RM90 untuk endoskeleton dan RM180 untuk endo dan modul asas untuk permulaan dan mungkin akan naik lagi.
Mampukah Google 'menghancurkan' telefon pintar ?
Idea ini jelas, sekiranya ia membuahkan hasil, kemungkinannya tidak dapat kita jangka. Namun, mampukam mereka 'menghancurkan' konsep telefon pintar? Sekiranya ia berjaya, ada kemungkinan telefon pintar tukar-ganti ini mengubah segala-galanya. Namun, peluang untuk telefon pintar sediada ini berubah 100% adalah kemungkinan amat tipis.
- Posted using BlogPress from my iPad

0 comments :
Post a Comment