02 July, 2013

LionsXII Juara Liga Super MALAYSIA 2013

Agak janggal dan pelik. Tapi itu lah hakikatnya yang harus ditelah oleh seluruh peminat bola sepak Malaysia. Jiran kita dan tetamu dalam liga utama negara Malaysia, iaitu Lions XII telah menjuarai kejuaran pada tahun 2013.

Berbaki satu lagi perlawanan menentang Kelantan yang juga juara piala FA pada Sabtu lepas akan berhadapan antara satu sama lain di dalam perlawanan yang tiada makna lagi, sayang sekali, alangkah bagus kalau perlawanan tersebut bakal menentukan kejuaran yang sebenar.

Namun pujian harus diberikan kepada juara muda ini yang dibarisi oleh kebanyakkan pemain muda yang mampu bersinar untuk sedekad lagi sekarang-kirangnya. Buat FAM anda patut takut kerana untuk negara yang sekecil Singapura mempu mengalahkan kita Malaysia yang mempunyai sekitar 30 juta penduduk. Seperti yang pernah saya katakan, FAM dan seluruh pasukan harus mengkaji apakah kelebihan Singapura dan menanganinya. Pada masa ini, kita kena akui bahawa pasukan ini adalah terbaik dari segala segi berbanding mana-mana pasukan di Malasyia.

Mungkin ada juga yang berkata ada unsur-unsur yang boleh disyaki kerana kekalahan kebanyakan pasukan dari Malaysia agak mengejutkan. Tak kurang yang menuduh pengadil sebagai punca. Namun bagi saya ini adalah alasan dan cara mudah untuk menyalahkan pihak lain. Selain itu, tidak kurang dengan kecaman ke atas FAM yang dikatakan gagal memainkan peranan dalam pembangunan bolasepak negara. NAMUN, saya tidak berminat untuk bercakap dengan lebih lanjut mengenai isu ini, kerana bagi saya ia bersifat teori dan emosi.

Berbalik pada pembangunan liga bolasepak negara, ada beberapa perkara yang boleh dipertimbangkan oleh FAM antaranya adalah;

Menyediakan liga yang berkualiti. Kemungkinan boleh mempertimbangkan untuk menawar mana-mana pemain dari Asia/Asean sebagai pemain tempatan dan bukannya import. Ini boleh diambil contoh seperti yang diamalkan di Kesatuan Eropah.

Pemilikan pemain import juga penting. Jangan tangkap muat. Kuota 3 pemain yang salah satunya dari Asia adalah amat baik buat langkah permulaan ini.

Konsep kelab sebagai satu syarikat adalah lebih baik. Tekanan dan kejayaan.

Pasukan bertaraf elit seperti JDT harus diteruskan bahagi mengimbangi dan menggalakkan kerancakan bolasepak negara.

Promosi meluas bolasepak haru diteruskan agar menjadi satu brand antarabangsa.

Nama besar yang mempu menyediakan plan pembanghnan bolasepak jangka panjang harus dipertimbangkan. Contohi USA dan seumpamannya. Berkesan.

Kalaulah ada,bookie harus disembur dengan racun serangga.

Sekian terima masih.

"Anda tahu permainan anda bila anda mampu memenanginya"

Peminat bolasepak tanpa gaji.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...