04 July, 2013

Ryan Giggs dinamakan sebagai Pemain/Jurulatih Manchester United di bawah kendalian pengurus baru David Moyes

Manchester United telah menamakan Ryan Giggs sebagai pemain dan jurulatih, sementara Phil Neville pula dijangka akan menyertai barisan jurulatih di bawah kendalian pengurus baru David Moyes.

Giggs, 39, sedang menjalani kurus kejurulatihan dan dijangka akan mendapat lesen pro UEFA pada tahun hadapan.

Beliau sebelum itu telah menandatangi kontrak lanjutan setahun pada bulan mac lepas dan selepas ini akan turut bertugas sebagai jurulatih pasukan utama.

"Ianya adalah satu kebanggaan dilantik sebagai pemain merangkap jurulatih", kata Giggs di dalam website Manchester United.

"Saya harap akan dapat menggunakan pengalaman yang ada sebagai pemain dan yang akan datang jurulatih selepas beras di dalam kelab ini dalam jangka masa yang lama"

"Bukanlah menjadi Rahsia lagi bahasa saya sedang menguruskan kelayakan (jurulatih). Saya tidak sabar untuk berkerjasama dengan David, juga pasukan"

Moyes yang secara rasminya mengambilalih sebagai pengurus United pada minggu ini, menambah "Saya gembira Ryan bersetuju untuk menjadi pemain/jurulatih.

"Pengalaman dan kebolehannya selama ini termasuk berada dalam zon permainan bolasepak moden. Rekod lampaunya, menjadi inspirasi setiap pemain muda pada masa ini. Saya yakin dia dan pemain-pemain di kelab ini akan bermanfaat dari perlantikannya sebagai pemain/jurulatih.

Daily Mail pula melaporkan bahawa bekas pemain antarabangsa England Phillip Neville, akan dilantik sebagai salah seorang jurulatih baru di kelab yang main dia pernah memulakan kerjaya.

Dia yang berusia 36 tahun, yang bersara pada penghujung musim lepas bermain selama 10 tahun di United dan 8 tahun di Everton. Dia dilihat telah bergambar pada pagi ini pusat latihan Carrrington.

Moyes mengadakan sesi latihannya yang pertama pada Khamis dengan Neville dijangka akan menyertainya

Neville mula mengambil kursus kejurulatihan UEFA tahun lepas dan dia adalah sebahagian dari staff jurulatih untuk skuad Englad U21 yang telah dikalahkan pada kejohanan Piala Europah bawah U21.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...