05 July, 2013

Pertandingan Mencipta Logo Kementerian Belia dan Sukan (KBS)

Di pertik dari FB KBS ;

Pertandingan Mencipta Logo Kementerian Belia dan Sukan (KBS)

Selama ini KBS tiada logo kementerian. KBS hanya mengguna jata negara atau lambang Kerajaan Malaysia. Dalam usaha kita memberi identiti tersendiri yang segar kepada KBS berdasarkan konsep TEAM KBS - atau kementerian yang mengutamakan semangat berpasukan dan prestasi yang tinggi - satu pertandingan logo baru dianjurkan.

Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 15 hingga 40 tahun. Saya mahu anak muda Malaysia terlibat dan mempunyai 'sense of ownership' keatas identiti baru yang bakal diberi kepada KBS.

Saya harap ramai yang akan hantar design mereka untuk dipilih dan menjadi legasi sebagai identiti utama KBS.

Maklumat lanjut ada di:
KBS

Terima kasih dan mohon 'share' dengan rakan-rakan yang ada bakat dan 'taste' yang tinggi (jangan buat macam logo Merdeka 55 sudah)!

TEAM KBS - DARI BELIA, UNTUK BELIA


Maklumat Lanjut

1 comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...