Semalam, telah Carlos Tevez telah sah menjadi pemain Juventus, selepas berpindah dari kelab terkaya Manchester City.
Pemain berusia 29 tahun tersebut telah bersetuju untuk menandatangani kontrak dengan "the Old lady" sehingga 30 Jun 2016. Ini secara tidak langsung telah menamatkan rekod 7 tahun dia berada di England.
Dilaporkan, Juve membayar wang permulaan £10Juta yang mungkin akan meningkat kepada £12Juta dengan beberapa penambahan. Namun, jumlah sebenar tidak dinyatakan secara rasmi.
Selepas sah menjadi pemain Juventus, Tevez dilihat memegang jersey no. 10 "the Old lady" yang dahulunya terkenal dipakai oleh legenda mereka, Alessandro Del Piero. Ironik nya, aku tak fikir Tevez akan memecah rekod 'kesetiaan' Del Piero, yang dilihat telah bermain untuk kelab tersebut selama 20 tahun dengan kelab tersebut serta lebih 500 penampilan dan 200 bilangan gol.
Perpindahan Tevez ini juga melihatkan, penjualan pemain pertama Manuel Pellegrini selepas menjadi bos baru City.
Sejarah dahulu Tevez telah memperlihatkan dia berhijrah dari Corinthians pada 2006 ke West Ham bersama gu baiknya, Javier Mascherano.
Pada 2007 hingga 2009, dia telah menimpa nama bersama united dengan menjulang piala Eufa Champion league yang diraih menentang Chelsea di Moscow, juga malang itu adalah penampilannya yang terakhir selepas dia secara 'mengejutkan' memilih seteru United dengan berpindah ke Manchester City.
Banyak peminat tidak dapat menerima perkara ini. Dan Tevez dilihat sebagai bukan lagi hero kepada United selepas itu.
Beberapa insiden juga dilihat semasa hayatnya di City dengan beberapa kali memohon untuk meninggalkan kelab tersebut. Adakah faktor wang? Atau jumlah permainan yang sedikit kerana City sememangnya terkenal dengan jumlah Star yang banyak.
Apapun, bab perpindahan ini akan membuka lembaran baru kepada kisah hidup Tevez. Gaya permainan Itali dirasakan sememangnya sesuai untuk Tevez di dalam dan di luar padang. Adios Calos.....

0 comments :
Post a Comment