27 June, 2013

So, macam ni lah gayanya awan 'dibenih'?

TONG berisi air garam dibawa masuk ke dalam pesawat TUDM, semalam.
Siapa yang tak perasan Jerebu semakin mengurang? kehadiran hujan pada petang kemarin sememangnya membantu menangani kesan jerebu ini. Di sebalik tabir, sebenarnya ada usaha dalam mengalakkan kehadiran hujan, selain daripada doa dan amalan-amalan tertentu yang dilakukan oleh rakyat Malasyia.
LARUTAN air garam disembur untuk proses pembenihan awan.
Memtik daripada akhbar Harian Metro Online yang mengisahkan kejayaan 'Benih awan berjaya" oleh pihak-pihak yang ditugaskan. Alhamdulillah, ia nya telah membuahkan hasil. Antara lain petikan ini menyebut ;

Kuala Lumpur: Hanya satu daripada lima lokasi disasarkan untuk operasi pembenihan awan petang semalam tidak berjaya menerbitkan hujan, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) Che Gayah Ismail.
Menurutnya, operasi digerakkan 10 pegawai JMM itu mensasarkan ruang udara Ipoh, Rawang, Batang Kali, Kuala Selangor dan Melaka mengguna pakai dua pesawat iaitu C130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Cessna C340A.
“Ini adalah operasi pembenihan pertama dilakukan sejak fenomena jerebu yang teruk beberapa minggu lalu dan empat lokasi yang kita sasarkan berjaya menerbitkan hujan meskipun tidak lebat iaitu Ipoh, Rawang, Batang Kali dan Kuala Selangor.

“Hanya ruang udara Melaka tidak berjaya meskipun laporan mendapati awan di kawasan itu sudah kembang (berat dengan wap air) dan berupaya hujan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Che Gayah berkata operasi berkenaan dilaksanakan bagi menangani masalah jerebu di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka yang beberapa kawasannya mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat melebihi 101 mata.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...