PETALING JAYA: Menteri dan Timbalan Menteri akan datang diperuntukan Honda Accord 2.4 berikutan keputusan Kabinet untuk tidak lagi menggunakan Proton Perdana V6 Executive.
Difahamkan Kabinet telah membuat keputusan berkenaan selepas pembuat kenderaan kebangsaan tersebut memutuskan untuk menhentikan pengelurkan model Proton perdanan.
Menurut sumber Kerajaan Perseketuan, Menteri dan Timbalan Menteri sedang dalam proses untuk dibekalkan penggantian kenderaan tersebut.
Accord secarang dipasang tempatan oleh kilang DRB-Hicom di Pekan.
Walaubagaimanapun, Ketua-ketua Kerajaan yang layak, masih akan menggunakan Proton Inspira selepas models proton perdana mereka dihentikan pengeluarkan selepas 2011.
Terdapat dakwaan yang menyatakan bahawa kos penyelenggaraan Perdana adalah jauh lebih tinggi berbanding model keluarkan lain yang setandingnya.
Menurut bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan tempatan, keputusan kabinet ini adalah satu langkah yang baik kerana Perdana tidak sesuai untuk pemanduan bandar dan juga pemanduan jarak jauh.
berdasarkan pengalamannya, gearbox kenderaan terpaksa ditukar 3 kali semasa perkhidmatannya 4 tahun sebagai timbalan menteri.
"saya merasakan Honda Accord adalah perubahan yang terbesar semenjak Perdana. Ia akan menjadi kenderaan terbaik"
Sebelum ini, Kerajaan Pakatan Rakyat Perak telah memecah tradisi pada tahun 2008 dengan mengambil keputusan menukar Kenderaan Rasmi mereka kepada Toyota Camry dan juga Kerajaan Barisan Nasioanal di Terengganu turut menukar kepada Mercedes-Benz E200 Kompressor.
Berikutan kos penyelenggraaan yang tinggi oleh perdana dan faktor pengeluaran dihentikan, Kerajaan Selangor dan Sabah juga mengambil keputusna menggunakan jenama luar.
0 comments :
Post a Comment