Salah satu perlawanan Liga Super Malaysia pada malam ini (22 Jun 2013) tetap diteruskan di Stadium Jalan Besar, walaupun sebelum ini ada banyak khabar angin yang menjangkakan perlawanan ditunda akibat jerebu.
Berikan fokus anda pada perlawanan malam ini kerana, Lions XII adalah pendahulu liga dengan 38 mata, manakala JDT di tempat ke-2 dengan 34 mata. Musim berbaki 3 perlawanan lagi. Oleh itu, perlawanan dua pasukan teratas liga ini adalah penting kerana ia bakal menentukan samaada Piala Liga Super akan menyeberangi Tambak Johor ataupun tidak.
Lions XII pula dilaporkan kehilangan beberapa tonggak utama akibat penggantungan seperti Baihakki Khaizan dan Hafiz Sujad. Oleh itu tempat mereka bakal digantikan dengan pemain lain sedia ada.


0 comments :
Post a Comment