Bila iOS 7 diperkenalkan, dan dengan keluaran versi Betanya, sesetengah pengguna sudah mengetahui bahawa versi (terkini) iOS 6 yang sedang digunakan sudah menghampiri 'ajalnya'.
Namun, masih ada yang menaruh harapan agar jailbreak iOS 6.1.3 ini akan dikeluarkan juga. Namun menurut Evasi0n, mereka sememangnya tidak memberi tumpuan pada versi iOS 6.1.3 dan sebaliknya menyimpan 'senjata' ini untuk versi penuh akan datang iaitu iOS 7.
Seperti yang telah dipertontonkan dalam versi Beta, iOS 7 adalah versi baru yang telah diubahsuai secara besar-besaran dari segi fungsi dan antaramuka luaran.
Ada yang mendakwa beberapa idea iOS terbaru ini telah diceduk dari Tweaks yang sedia ada. Yang membezakan adalah, iOS standard, tidak boleh di ubah suai sesuka hati oleh pengguna sendiri, tidak seperti jailbreak.
Satu persoalan besar yang timbul, adalah.... Sekiranya Tweaks boleh didapati pada versi standard iOS, adakah jailbreak akan menjadi releven? Walaupun Apple sebelum ini ada memberi kenyataan mengenai peluang untuk 'membuka' sistem iOS kepada pengguna, namun mereka masih 'mengharamkan' konsep rooting yang menjadi konsep Asas penciptaan Tweaks yang kebanyakkan ada di Cydia.

0 comments :
Post a Comment