23 June, 2013

Di sebalik keputusan perlawanan LionsXII vs JDT?


Liga Super Malaysia bakal berakhir dengan hanya berbaki 4 perlawanan lagi. LionsXII mendahului dengan 38 mata dari 18 perlawanan, manakala pengejar ke-2, JDT dengan 34 mata dengan jumlah perlawanan yang sama. 

Keputusan semalam menyaksikan kedudukan Liga Super sebegini;


Namun, apa yang hendak dikongsikan adalah mengenai perlawanan dua pasukan utama semalam iaitu lionsXII menentang JDT, apakah pengajaran yang kita perolehi daripada keputusan perlawanan tersebut. Diringkaskan, ini adalah apa yang boleh disimpulkan, samaada kita suka, tidak , setuju atau tidak. Bacalah ;


A) Jerebu boleh bertukar dari Indeks Pencemaraan Udara (API) 300 kepada 80 dengan mengambil masa beberapa jam sahaja, kuasa tuhan.

B) LionsXII bakal menjadi pasukan tanpa kalah sepanjang musim sekiranya berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 4 lagi baki permainan. Tahniah, Arsenal pernah melakukannya pada musim 03-04. Namun selepas itu, dihantui sebagai pasukan langsung tidak berpiala.

4) secara taktikal, LionsXII adalah pasukan yang mengamalkan corak pantas semasa menyerang dan bertahan. Mengasak semasa ketiadaan bola dan bermentaliti juara. Selain itu, mereka juga bertindak pandai dalam melakukan kesalahan apabila perlu. Pasukan ini boleh berbangga dengan diri mereka kerana sebahagian besar ahlinya adalah anak-anak tempatan yang berpotensi besar.

4) JDT adalah pasukan pertama di dalam musim ini yang berjaya membawa pulang 1 mata di Stadium jalan besar. (Seri)

5) lionel Nunez adalah penyerang yang mampu membuahkan hasil sekalipun rupa fizikalnya diragui pada awalnya.

6) pasukan lawan (Malaysia) perlu mencari tektikal yang sesuai untuk menentang LionsXII, tidak mustahil, asalkan corak berpasukan dan mentaliti kuat. Tambahan, pemain2 dari pasukan dari Malaysia banyak memiliki pengalaman bermain dalam pasukan kebangsaan. Ini adalah cabaran FAM sebenarnya. Rasanya tidak perlulah banyak mengaturkan perlawanan luar harimau Malaya, berikan tumpuan pada skuad jiran ini LionsXII.

7) penyokong JDT mmg awesome!!!

8) LionsXII sememangnya bermain mula jam 7.45malam di saat muslim sibuk menunaikan solat fardu Maghrib. Persoalannya, adalah mereka berada di dalam GMT yang berlainan dari kuala lumpur hingga tidak boleh memulakan permainan selewat 8.45malam? Just asking.

9) Penyokong masih lagi mengkhendakkan mutu pengadilan yang baik. Pengadil yang gagal mengawal keadaan permainan terutama membabitkn perlawanan penting, pasti akan dikritik. Amat penting bagi pengadil untuk mengimbangi antara nilai keseronokan perlawanan dengan pengadilan yang tepat. Jika pengadil gagal, maka... Dia akan bahan ejekan dan cacian. Kesian..... Hakikatnya peminat bola sepak sekarang lebih tidak penyabar berbanding CEO sebuah syarikat antarabangsa agaknya?

10) sekumpulan bintang tidak semestinya mampu membentuk sebuah pasukan yang berjaya. Kombinasi karekter yang menyasarkan kekangan kepada kekuatan lawan adalah diperlukan, untuk mendapatkan keputusan yang dihajati. Sekiranya, tidak tercapai, maka kemungkinan ramuan-ramuan yang digunakan adalah salah atau kurang tepat.

Harapan peminat bolasepak negara ini pastinya untuk melihat piala liga Super kekal di negara ini. Tidak kiralah siapapun pasukannya. Kerana ini adalah maruah mutu bolasepak negara Malaysia. 

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...