17 June, 2013

FIFA Confederation Cup Brazil 2013.



Zon Masa membataskan peluang menonton perlawanan Bola Sepak Piala Konfederasi.
Sungguh menyedihkan. Kebanyakkan perlawanan adalah pada jam 3.00am dan 6.00am waktu Malaysia. Agak sukar untuk mengaturkan strategi 'tidur' bagi membolehkan anda menonton perlawanan-perlawanan ini dengan terbaik.

Berikut adalah zon waktu bagi beberapa negara yang mana sekarang tengah berlangsung perlawanan antara Sepanyol menentang Uruguay. Perlawanan kedua ini bermula jam 7.00petang waktu tempatan Brazil di Rio de Jeneiro.


Bagi negara seperti Eropah, contohnya England, mereka sungguh bertuah kerana boleh menonton pada jam 8 malam dan 11 malam dan kemudian tidur dengan selesa. Begitu juga dengan negara sekutu mereka iaitu Amerika, sekiranya berada di New York, boleh menonton pada jam 3 petang dan 6 petang.(waktu pejabat ek?)

Apa itu Pila Konfederasi FiFa?
Untuk rekod, piala konfederasi adalah satu raptai Piala Dunia yang diadakan setahun awal oleh tuan rumah. Ini bagi memastikan kelancaran perjalanan edisi agung kejohanan bolasepak dunia ini. Untuk rekod juga, ini merupakan kali kedua Brazil menganjurkan piala dunia selepas yang pertamanya pada tahun 1950, yang mana Uruguay adalah pemenangnya.


Untuk edisi Piala konfederasi kali ini, sebanyak 8 bush negara bertanding (yang telah melepasi kelayakan akhir piala dunia 2014).

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...