19 June, 2013

Seperti kebiasaan, gambar komponen model baru iPhone yang berikutnya (5S), telah dikatakan tersiar.


Gambar yang dikatakan adalah dari iPhone 5S. Bentuknya menyerupai model iPhone 5, cuma kedudukan skrew telah diubah sedikit.


Gambar yang didakwa sebagai board "iPhone 5S" di sebelah kiri, via Moumantai. Dan board iPhone 5 sebanar di sebelah kanan,iFixit.

Logic board baru ini tidak disertakan dengan gambar processor, tapi saiznya agak sama dengan iPhone 5. Ini menguatkan lagi dakwaan bahawa ini sememangnya adalah dari komponen asal model iPhone yang terbaru, yang mana kebiasaanya Apple tidak akan mengubah bentuk fizikal untuk model peningkatan "S". 

Ada yang percaya bahawa Apple akan menggunakan processor jenis A7 pada 2014. Pembuatannya di Taiwan.


Selain itu, saiz tempat letak processor yang sama ini bermakna, Apple sekali lagi akan mengekalkan process penggunaan 32-nanometer seperti yang terdapat pada versi A6 dan A6X Chip pada IPhone 5 dan 4Gen iPad. Apple sebelum ini menggunakan process 45-nanometer pada tahun 2012 untuk CPU A5.

Dengan tersebarnya gambar ini juga bermakna, pengeluar iPhone 5S sudah pasti akan dimulakan tidak lama lagi. Sebelum ini, juga terdapat gambar komponen yang dikatakan diambil dari model iPhone 5S ini iaitu, kamera FaceTime, Home button, vibrator motor, tray sim, suis penguat suara dan suis mute.

Sama-samalah kita nantikan sama ada dakwaan ini adlah benar atau kabar angin sahaja.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...