Festival bunga dan taman yang terulung di Malaysia. Bermula dari 22 Jun – 30 Jun 2013. FLORIA 2013 akan sekali lagi diadakan di Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya.
Bunga orkid menjadi tema bagi Festival Floria Putrajaya 2013. Pilihan bunga orkid sebagai bunga tema ialah kerana keunikannya dan juga kecantikan tersendiri yang terdapat dalam pelbagai spesies. Orkid tergolong dalam keluarga Orchidaceae iaitu famili yang mempunyai banyak perbezaan dari segi bentuk bunga dan pokok bagi menentukan genus dan spesies. Terdapat lebih daripada 100 jenis dan 800 spesies orkid di Malaysia.
FLORIA menjadi ikon acara tahunan yang unggul dengan mencatatkan rekod gemilang menerusi kunjungan melebihi 1 juta pengunjung, penyertaan dari 16 peserta antarabangsa dan lebih daripada 100,000 pokok bunga kertas yang telah dipamerkan dalam 82 lot taman pada tahun lepas. Pada tahun ini, bunga orkid yang popular kembali pada Floria 2013 dengan tema Orkid- Khazanah Tropika.Marilah beramai-ramai berkunjung ke FLORIA 2013 dan menghayati kemeriahan serta keindahan festival yang penuh berwarna-warni !
Antara tarikan utama FLORIA 2013 :
Sumber : FB Perbadanan Putrajaya


0 comments :
Post a Comment