KUALA LUMPUR, 24 Jun -- Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyeru kepada seluruh umat Islam di negara ini dan juga masjid serta surau untuk bersama-sama mengadakan solat sunat Istisqa' (solat mohon hujan) dalam keadaan negara sedang dilanda musibah jerebu hari ini.
Menurut beliau, dalam usaha untuk mengatasi masalah jerebu yang melanda negara ini, umat Islam digalakkan untuk mengadakan solat istisqa seperti mana yang yang diajar oleh baginda Rasulullah saw bagi memohon kepada Allah agar menurunkan hujan.
"Saya ingin mengajak semua umat Islam menggunakan pendekatan yang telah diajarkan oleh baginda Rasullullah saw kepada kita semua. Antara yang boleh dilakukan ialah berdoa kepada Allah ketika khutbah Jumaat, berdoa setelah selesai solat, termasuklah melakukan solat sunat Istisqa."
"Kita memohon pada Allah agar melimpahkan kurnia dan Inayah-Nya kepada kita agar musibah jerebu yang sedang melanda negara hari ini tidak akan mendatangkan lebih mudarat kepada rakyat di negara ini," ujarnya dihadapan pemberita ketika sidang akhbar di Lobi Parlimen hari ini.
Jelas beliau, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui masjid-masjid di sekitar Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan mengadakan solat sunat Istisqa selesai solat Zohor esok.
Lagi

0 comments :
Post a Comment