29 June, 2013

Samsung Galaxy S4 kalahkan iPhone 5 ; Kelajuan dan Ketahanan bateri

Mengejutkan!! Tapi itu lah hakikatnya, samsung galaxy S4 berjaya mengalahkan model iPhone 5 dalam satu ujian yang dijalankan oleh satu badan penyelidikan pengguna di UK, yang dipanggil Which.

Dalam kenyataannya, iPhone 5 yang berusia 9 bulan ini, hanya berjaya mengatasi S4 dari segi "masa yang diperlukan untuk mengecharge" itu sahaja.

Selebihnya, mereka mengulas;

Walaupun iPhone 5 telah dinobatkan sebagai telefon telaris pada Februari lepas, namun masa telah menyebabkan ianya jauh ketinggalan.
Kami telah menguji telefon ini dengan jenama-jenama lain, dan ia telah jauh ketinggalan di belalang dengan telefon-telefon yang lebih terbaru.

Ujian ini diadakan dengan menggunakan geekbench2 dan telefon yang mempunyai markah tertinggi akan berada di kedudukan teratas.

1. Samsung Galaxy S4 – 3188
2. HTC One – 2798
3. Sony Xperia Z – 2173
4. Google Nexus 4 – 2134
5. Samsung Galaxy Note 2 – 1950
6. BlackBerry Z10 – 1698
7. Apple iPhone 5 16GB – 1664

Selain itu, ujian yang dilakukan oleh Which juga mendapati S4 adalah telefon yang paling tahan dari segi kekuatan bateri.

Kesimpulan ;

Mana ada pengeluar yang mengeluarkan model telefon yang releven untuk sepanjang hayat. Dan dengan itu, kita sudah pasti yakin model seterusnya iPhone 5S akan sedikit sebanyak mengubati 'sakit' pada rekod Apple ini. Model sebenar pastinya pada iPhone 6 yang akan datang, kemungkinan 2014. Adiosss...

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...