13 June, 2013

Patut atau tidak upgrade iPhone 5 kepada iOS 7 Beta?


Persoalan mengenai iOS 7 ini sememangnya sudah kedengaran mulai hari Isnin lepas. Kebanyakkannya menyatakan Wow!! Hebat! Cantik! Color yang moden... Dan seumpamanya. Dah macam pengguna Android pula yang mengagumi akan skrin besar mereka. #LOL

Bagi aku, ini semua luaran. Apa yang penting adalah mengetahui apakah 'perbezaan' yang ditawarkan oleh Apple untuk kali ini dan apakah yang ditawar untuk dinaiktaraf bersesuai dengan jangkaam keluaran produk Apple yang akan datang, iaitu samaada iPhone 6 atau iPhone 5S yang secara tradisinya akan dikeluarkan bersekali bersama dengan iOS terbaru ini.

Kebanyakkan reaksi blog-blog pakar Apple menyatakan banyak 'naiktaraf' OS ini dibuat dengan 'mencedok' tweaks dari jailbreak yang terkenal. Ini sememangnya tidak dapat dinafikan, memang ada samaada secara kebetulan ataupun Apple sendiri telah mengiktiraf hasil kerja para jailbreaker ini. Atau mungkin seolah-oleh pintu untuk kreativiti telah terkubur agaknya buat syarikat ini.

Ciri-ciri terbaru iOS 7 dan tweaks jailbreak yang pernah dilihat;


Control centre 

"Shortcut" segera kepada wifi, airplane mode, rotation, ini mirip kepada SB Setting. 
Torchlight & fungsi memainkan playlist lagu mengingatkan anda pula kepada Auxo.

Secara amnya drop menu amat berguna walaupun agak besar saiznya. Namun, fungsi berkongsi fail melalui AirPlay dan AirDrop agak baru. 

Notification Cente

Lebih menarik. Digabungkan dalam satu fungsi, notifikasi dan organizer. Boleh di access tanpa diunlock screen terlebih dahulu. Juga boleh dioffkan fungsi ini demi privasi pengguna. Idea ini seakan mirip kepada intelliscreenX bukan? Inovasi? Huh...

Multitasking

Satu masalah iDevices adalah bateri yang cepat mentakedarah! Cara mengatasinya adalah dengan menutup apps yang tidak digunakan. Untuk itu Apple menawarkan shortcut untuk swipe apps yang boleh ditutup dengan cara layangan gerak jari ke atas. Grafiknya cantik. Bagi yang telah mengetahui, fungsi ini telah lama dicipta oleh Auxo.


iTunes Radio

Pemain lagu ini baru. Live streaming katanya. Cuba bayangkan anda mendengar Era atau Hot FM di iTunes Radio, dan kemudian apabila kita menyukai lagu tersebut, kita boleh membeli dengan cara mengdownloadnya. Inovasi bukan?

Photos

Tak banyak yang boleh diceritakan mengenai apa yang terbaru pada sistem gambar. Katanya ada iCloud yang boleh dikongsi bersama individu (pengguna Apple) yang kita percayai seperti pasangan dan kawan. Facebook? Instagram? Lain cerita kot....

AirDrop

Sudah diberitahu tadi, fungsi mengongsi file bersama individu yang berhampiran. Ala-ala Bluetooth. Apa indahnya benda ini? Huh


Camera

Layout baru untuk kamera. Ada automatik plugin untuk memilih custom effect untuk gambar. Pastinya Kecik hati #instagram atau mana-mana apps photography yang lain. 

Safari

Internet browser ini merupakan peningkatan yang terbaik. Tiada lagi ruangan find untuk menjimatkan ruang terutama bagi paparan iPhone. Sebaliknya apabila anda menaip, dibawahnya ada pilihan samaada sebagai web address atau pun carian menggunakan abjad yang anda taip. Ini baru bijak...

Selain itu, multi webrowse juga menarik perhatian. Beralih dari satu page ke page yang lain, adalah seperti paparan grafik mencari folder fail dalam kabinet fail. Ada yang mengatakan ini juga diceduk dari tweak jailbreak.

Siri

Katanya Siri juga telah dinaiktaraf. Penggabungan dengan twitter dibolehkan.


Mail

Fungsi swipe banyak membantu pengguna. Ini barulah touchscren yang optimum. Tiada lain yang menarik yang boleh diceritakan. 

Weather

Grafik penuh beserta dengan animasi live yang seakan hidup. Pastinya membantu menghabiskan bateri yang sememangnya nyawa-nyawa ikan.

Messages

Paparan belon. Namun masih tidak kelihatan popup menu seperti yang ditawarkan dalam BiteSMS atau Quick Reply For Whatsapp. Ini amat menghampakan. Major turn off.

Kesimpulannya, banyak lagi kerja-kerja penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh Apple. Namun untuk permulaan, ia adalah sesuatu yang berjaya kerana OS ini telah dirombak secara besar-besaran dan tidak kelihatan lagi unsur iOS 6 atau 5 yang ditinggalkan. Rasa tak sabar nak mencuba iOS 7 ini yang mana akan dikeluarkan pada sekitar bulan 10 nanti. Tambahan lagi, perlu diingatkan sekiranya anda adalah pemilik iPhone 5, maka adalah amat tidak digalakkan anda upgarde kepada beta ini kerana anda tidak boleh balik kepada iOS 6.1.2 yang merupakan satu-satu versi iOS yang masih boleh di jailbreak.

P/S | ~~~~~ Jangan risau berapa lama jailbreak untuk iOS 7 final akan dikeluarkan sebab Evasi0n kata dia org dah reserved beberapa exploits untuk ini. Sama-samalah kita tunggu ye. Adios amigos... ✌

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...