16 June, 2013

Perbezaan iOS7 pada idevices dan bentuk iOS7 pada iPad dan iPad Mini.



Seperti yang sudah dimaklumkan sebelum ini, iOS 7 hanya support iPhone 4 dan ke atas. Manakala untuk iPad adalah bagi semua versi. Ilustrasi di atas adalah, ringkasan perbezaan spesifikasi baru yang ditawarkan oleh iOS 7 kepada setiap idevices. berikan tumpuan pada fungsi AirDrop, Panorama View dan Filter in Camera. TETAPI, perlu juga diingatkan bahawa fungsi-fungsi ini adalah melalui apps sahaja, dan kemungkinan boleh ditambah (kepada mana-mana model yang tiada) melalui tweaks jailbreak sekiranya wujud nanti. sebagai contoh, kita pernah melihat SIRI pada model iPhone 3GS dan iPhone 4 yang ubahsuaikan. :)

Di bawah ini pula adalah gambar iPad dan IPad Mini yang beroperasi menggunakan iOS 7. Namun sehingga tarikh ini, masih belum ada lagi versi beta yang dikeluarkan. 


Seperti yang dinyatakan sebelum ini, iOS 7 final akan dikeluarkan pada bulan September 2013 nanti. 

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...