24 June, 2013

Ujian di musim jerebu.

Awal malam tadi dah diumumkan bahawa Sekolah-Sekolah di Melaka, KL dan Selangor dan terbaru Putrajaya ( sebelum ini beberapa daerah terlibat di Johor dan Pahang) bakal ditutup esok, berikutan rekod kualiti udara yang semakin merosot. Maka, macam biasalah banyak yang bertanya seperti soalan, Sekolah je ke? IPT takde? Pejabat tak de? Tapi sebelum kita bercerita soal tu, mari kita lihat rekod bacaan kualiti udara untuk hari ini dahulu.

Di bawah ini diringkaskan statistik bacaan untuk korang. Daripada 52 lokasi bacaan di Malaysia. Terdapat 3 lokasi yang dikategorikan sebagai berbahaya iaitu IPU melebihi 300 ke atas iaitu Bukit Rambai, Bandar Melaka dan Muar. Dan diawal hari ini juga telah diumumkan darurat bagi kawasan Muar dan Ledang. 

Selain itu, Port Dickson dan Port Klang juga berubah ke pada  tahap "sangat tidak sihat". Jelas sekali kalau dilihat tiada pengurangan kecuali di sebahagian Johor, Kota Tinggi dan Pasir Gudang. Selebihnya, kita boleh simpulkan kualiti udara sememangnya merosot.

Notis daripada website Kementerian Pendidikan.



Menjawab soal kenapa kanak-kanak sahaja yang ditutup Sekolah. Mungkin faktor risiko. Mungkin ada baiknya penjagaan di kala ini diuruskan sendiri oleh ibubapa masing-masing. Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Ini dianggap sebagai langkah mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada belaku sekiranya kualiti udara semakin merosot atau lebih berbahaya.

Bagi yang dewasa, kita yakin mereka lebih matang dalam menguruskan diri dengan mengamalkan nasihat kesihatan yang diingatkan oleh pihak berkuasa. Rasanya, tak perlulah kita menghantak-hentak kaki sebagai tanda protes sebab tidak diberi cuti. Apa yang penting adalah cara kita menguruskan diri dan keluarga semasa dalam situasi krisis sebegini. Gunakan cuti tahunan sekiranya perlu menjaga anak-anak yang mana Sekolah mereka ditutup. 

STATUS BACAAN INDEK PENCEMARAN UDARA (IPU) PADA 23-Jun-2013 SELURUH MALAYSIA

(Sumber : AIR POLLUTANT INDEX MANAGEMENT SYSTEM)

NEGERI / STATE KAWASAN/AREAMASA/TIME
7:00AM
MASA/TIME
11:00AM
MASA/TIME
5:00PM
Johor Kota Tinggi137*124*91*
Johor Larkin Lama117*100*89*
Johor Muar746*690*507*
Johor Pasir Gudang127*110*96*
Kedah Alor Setar67*68*65*
Kedah Bakar Arang, Sg. Petani82*79*78*
Kedah Langkawi59*60*60*
Kelantan SMK Tanjung Chat, Kota Bharu70*71*76*
Kelantan Tanah Merah 77*77*77*
Melaka Bandaraya Melaka357*415*373*
Melaka Bukit Rambai334*428*443*
Negeri Sembilan Nilai94*106*137*
Negeri Sembilan Port Dickson166*184*276*
Negeri Sembilan Seremban103*104*103*
Pahang Balok Baru, Kuantan135*149*183*
Pahang Indera Mahkota, Kuantan100*107*138*
Pahang Jerantut67*71*82*
Perak Jalan Tasek, Ipoh64*64*63*
Perak Kg. Air Putih, Taiping61*60*61*
Perak S K Jalan Pegoh, Ipoh64*64*63*
Perak Seri Manjung94*94*106*
Perak Tanjung Malim81*82*91c
Perlis Kangar61*62*64*
Pulau Pinang Perai75*74*75*
Pulau Pinang Seberang Jaya 2, Perai79*78*80*
Pulau Pinang USM71*71*71*
Sabah Keningau86*83*77*
Sabah Kota Kinabalu87*85*83*
Sabah Sandakan45*46*46*
Sabah Tawau42*40*41*
Sarawak Bintulu77*76*78*
Sarawak ILP Miri78*76*76*
Sarawak Kapit57*58*60*
Sarawak Kuching84*83*77*
Sarawak Limbang75*72*72*
Sarawak Miri91*90*90*
Sarawak Samarahan74*75*73*
Sarawak Sarikei82*81*79*
Sarawak Sibu80*78*78*
Sarawak Sri Aman65*65*62*
Selangor Banting109*115*133*
Selangor Kuala Selangor100*104*112*
Selangor Pelabuhan Kelang188*192*214*
Selangor Petaling Jaya108*125*151*
Selangor Shah Alam102*112*130*
Terengganu Kemaman137*153*174*
Terengganu Kuala Terengganu68*72*83*
Terengganu Paka97*105*115*
Wilayah Persekutuan Batu Muda,Kuala Lumpur97*108*140*
Wilayah Persekutuan Cheras,Kuala Lumpur102*111*134*
Wilayah Persekutuan Labuan89*86*83*
Wilayah Persekutuan Putrajaya100*112*138*

Petunjuk / Legend

API

Status

0-50 Baik / Good
51-100 Sederhana / Moderate
101-200 Tidak Sihat / Unhealthy
201-300 Sangat Tidak Sihat / Very Unhealthy
>301 Berbahaya / Hazardous

Sumber : Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE)

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...