Tajuk je gempak!! Tapi keputusan 2 perlawanan kumpulan B, Piala Konfederasi adalah seperti di atas. Juara dunia, Spanyol masih mengungguli kumpulan B dengan mengalahkan mangsa seterusnya, iaitu Super Eagles dengan jaringan 3 tanpa balas.
Apa yg menarik, Jordi Alba pemain pertahanan kanan Barca, menjaringkan 2 gol. Kali terakhir aku ingat, pemain Perancis, Lilian Thuram pernah menjaringkan 2 gol sebanyak ni pada World Cup 1998 kalau x silap. Alba sendiri kata, memang pelik sebab dia jaring 2 gol dalam satu perlawanan. Menurut ketua jurulatih, Del Bosque, sistem yang diterapkan, memungkinkan pemain sayap pertahanan melakukan serangan. Bagus ek? Efektif juga macam ni. Agaknya Kecik hati Torres bila dengar..hahaha
Nigeria 0 - 3 Spanyol
Selain itu, perlawanan Spanyol ini juga membuka rekod baru pasukan tersebut yang mana. 28 perlawanan (antarabangsa) tanpa kalah. Ini sekali gus (bukan, Gustovo Poyet, yang dipecat awal pagi tadi ye...hahaha) memadam rekod lama yang di pegang oleh Perancis pada 14 tahun yang lalu.
Dalam satu perlawanan lagi, uruguay menjaringkan 8 gol menentang Tahiti. Sehingga kini, Tahiti telah mencatatkan jumlah bolos 18 gol dan tiada jaringan di dalam kejohanan ini. Abel Hernandez menjaringkan 4 daripada 8 gol tersebut.
Uruguay 8 - 0 Tahiti
- (2', 24', 45'+1, 67' PEN) Abel HERNANDEZ
- (27') Diego PEREZ
- (61') Nicolas LODEIRO
- (82', 90') Luis SUAREZ
Selepas 3 perlawanan, kedudukan kumpulan B adalah seperti ini:
Okeh, seterusnya... Nigeria akan mengikuti Tahiti, tempah tiket awal untuk pulang balik kampung.




0 comments :
Post a Comment