27 June, 2013

Nak atau tak nak install iOS Beta pada iPad Mini?

Di pendekkan cerita, iOS 7 Beta untuk iPad Mini sudah ada. Boleh di download, walaupun ianya sebenarnya untuk tujuan testing oleh developer. Dikeluarkan seiring dengan tarikh iOS Beta 2 untuk IPhone.

Persoalannya patut atau tidak diupgrade? Sebelum berkata "ye", cuba pertimbangkan hal-hal di bawah ini;

1. Adakah anda sedang menggunakan iOS 6.1.2 berserta jailbreak? Jika ya? Sila ambil perhatian bahawa "tiada jalan pulang", sekiranya anda berhajat untuk downgrade kembali ke iOS 6.1.2. Kerana processor A5 tidak memungkinkan ada berbuat demikian. NAMUN, sekiranya anda nekad untuk tidak lagi mahu menggunakan jailbreak, silakan.... Kerana sekiranya anda tidak menyukai iOS 7 beta (selepas menggunakan), aku masih boleh kembali kepada iOS 6.1.3(tiada jailbreak yang tersedia untuk versi ini buat masa ini).

2. Ada yang berpendapat iPad sebenarnya tidak memerlukan jailbreak kerana fungsi swipe yang diberikan oleh Apple sudah memadai. Namun aku masih rindukan Auxo dan Zephyr. Menggunakan home button untuk minimize apps? Haiyoooo

3. Anda akan kehilangan apps Private yang pernah diinstalled sekiranya beralih ke iOS 7 Beta. Pastinya. Namun ini tidak sepatutnya berlaku lah, sebab tujuan utama kita jailbreak adalah kerana untuk mengoptimumkan potensi iOS, bukan untuk guna apps pirate. Kalau guna pun, hanya untuk tujuan testing sahaja, bukannya untuk selamanya.

Kesimpulan ;

Hati kecil mengatakan, mungkin aku akan upgrade dan upgrade lagi iPad Mini ni, kerana faktor desakan ingin merasa kelainan dan iOS masa hadap ini. Lagi pun, aku memang memerlukan sangat telefon projek selepas iPhone 3GS dan iPhone 4 telah aku jual baru-baru ini. Jadi iPad Mini perlu berserah menjadi mangsa.

Nanti akan aku post hasil kerja iOS 7 Beta ini. Adiosss...

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...