Sekitar bulan 8 nanti, kita bakal melihat aplikasi BLackberry Messenger (BBM) sudah mula boleh di download dan digunakan selain dari platform asal mereka iaitu Blackberry.
Khabar angin mengenai ini telahpun lama kedengaran, namun pengumuman rasmi telahpun dibuat oleh Blackberry.
Selaku bekas pengguna BBM, akupun tak sabarlah hendak melihat aplikasi ini beralih juga ke platform lain. Aku melihat ini sebagai satu langkah Blackberry untuk kelahiran semula mereka selepas sebelum ini memperkenalkan model smartphone Blackberry Z10.
Mungkin selepas ini kita bekas pengguna Blackberry akan dapat kembali menggunakan fungsi 'Ping!!' Apabila message mereka tidak dibalas oleh sipenerima. Hahah
Apa yang bakal kita lihat pada BBM versi Android & iOS?
- Chat yang laju. (Semestinya)
- Chat berkumpulan (Max 30 org)
- fungsi menghantar gambar, nota suara,
- PIN
Namun, app BBM ini masih tertakluk kepada peraturan oleh Apple bagi membolehkan ianya disenaraikan di dalam AppStore.


0 comments :
Post a Comment